Tuesday

Sivachandralingam Sundara Raja.(2001). Pemikiran dan Penulisan Ilmiah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd /13

KETIKA singgah di Pustaka Mukmin untuk membeli beberapa buah buku antaranya buku Dale Carnegie dan dicelah celah deretan buku terselit buku nipis m/s 79. Apabila membaca blurb buku ini dan membelek helaian dalaman, secara peribadi boleh dikatakan buku ini sangat memuaskan dan menjadi salah satu buku rujukan  berkaitan hal-hal penulisan. Selain buku ini, ada beberapa buah buku berkenaan penulisan dan metodologi seperti karangan Chua Yan Piaw, Sherri L. Jackson, Schuyler W.Huck, Marohaini Yusoff, Sulaiman Masri & Razali Ayob dan Mus Chairil Samani. Beberapa buah buku ini melebihi 550 m/s. namun isi kandungan yang panjang dan perlu memberi fokus apabila membaca buku tersebut, kadangkala meletihkan dan perlu waktu yang sesuai untuk membaca dan meneliti panduan yang diberikan, bagi yang ingin memahami secara mendalam sebaiknya membaca pelbagai jenis buku berkenaan penulisan dan metodologi.

Bagi anda yang sukakan kepada intipati dan isi kandungan yang mudah difahami dan penerangan yang tidak berjela-jela namun masih dapat memahami kehendak penerangan sesuatu bab, jawapannya ada pada buku ini. Buku Pemikiran dan Penulisan Ilmiah ini membincangkan perkara-perkara asas dalam penulisan ilmiah di universiti yang merangkumi pengertian dan cirri-ciri penulisan ilmiah, penulisan esei akademik, asas dalam membuat penyelidikan ilmiah, gaya penerbitan dan beberapa bahagian lagi berkenaan dengan penulisan ilmiah. Penggunaan bahasa yang mudah serta dilengkapi ilustrasi dan contoh, dapat membantu pembaca untuk memahami dengan lebih jelas tentang kepelbagaian aspek yang dikemukakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...