Tuesday

Hadiyah Hussin et al. (2006) Kelangsungan Pengajian Hadis: Cabaran dan Masa Depan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor./15

Artikel yang dimuatkan merupakan koleksi kertas kerja yang telah dibentang dan dikemukakan di Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, anjuran Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Kolej Islam Darul Ehsan. Mengandungi 22 kertas kerja berkaitan dengan Hadis dan m/s 431. Antara salah satu kertas kerja yang menarik untuk dibaca dan dapat memahami dengan jelas ialah  Kedudukan Hadis Sebagai Sumber Pemikiran Kritis Islam. Pada entri yang sebelum ini, telah dimuatkan tentang pemikiran kritis karangan Mohd Micheal Abdullah dan Maimunah Othman. Yang menariknya, artikel tersebut memetik beberapa hadis yang menyuruh berfikiran kritis dan bersikap analitikal, hadis yang menyeru umat Islam supaya bersifat objektif, hadis yang menyeru supaya bersifat konsisten, hadis berkenaan dengan keterangan yang jelas. Selain itu, terdapat beberapa artikel yang cukup menafaat dan berguna kepada para pelajar  dalam membuat penyelidikan dan sebagainya.

BAB 1: BEBERAPA ASPEK KAJIAN DALAM ILMU HADIS
1. Kepentingan Ulum al-Hadith Dalam Menjaga Kemurnian Agama dan Akidah
2. Pengenalan Ilmu Mukhtalaf al-Hadith
3. Metode Pensahihan Imam al-Hakim Dalam al-Mustadrak
4. Manhaj al-Fiqhi Imam al-Syafie Dalam Berhujah Dengan Al-Sunnah

BAB 2 : CABARAN SEMASA DALAM PENGAJIAN HADIS
1. Pengajian Hadis: Tradisi dan Permasalahannya di Malaysia
2. Pemikiran Anti Hadis dan Perkembangan Semasa
3. Diayah Anti Hadis Dalam Internet
4. Ancaman Hadis Mawdu’ Dalam Penyebaran Dakwah
5. Penyebaran Hadis Mawdu’ dan Implikasinya Kepada Masyarakat
6. Pengkaedahan Ulama Dalam Menyanggah Golongan al-Ahwa wa al-Bida’: Tumpuan kepada Kitab Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith
7. Pengeliruan Orientalis Terhadap Aspek Periwayatan dan Sanad Hadis: Reaksi Usul al-din

BAB 3: BERINTERAKSI DENGAN HADIS
1. Kaedah-Kaedah Berinteraksi dengan Hadis-Hadis Nabi .S.A.W
2. Persoalan Sunnah Nabi S.A.W di Antara Tasyri’iyyah dan Ghayr Tasyri’iyyah
3. Kedudukan Hadis Sebagai Sumber Pemikiran Ktiris Islam
4. Isu-Isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menurut Hadis
5. Pemahaman Terhadap Hadis dan Sirah Dalam Penubuhan Model Negara Islam Masa Kini
6. Al-‘Awlamah wa al-Salam Al-‘Alami fi Daw Al-Sunnah Al-Nabawiyyah

BAB 4: MASA DEPAN PENGAJIAN HADIS
1. Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Kelangsungan Pengajian Hadis
2. Penerbitan dan Pemantauan Karya-Karya Hadis Dalam Bahasa Melayu di Malaysia
3. Kepentingan Ilmu Takhrij: Suatu Tinjauan Dalam Konteks Malaysia
4. Tinjauan Terhadap Pengkaryaan Hadis Ulama India

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...