Friday

Prof Khoo Kay Kim. (sunting) (1983). Beberapa Aspek Sejarah Kedah. Persatuan Sejarah Malaysia./24

Di antara negeri-negeri Melayu Semenanjung, sejarah Kedah adalah lebih tua, sekurang-kuragnya berasaskan apa yang dapat dikesan, dan sejarah kedah juga banyak diberi perhatian atau dikaji. Tambahan pula, walaupun kerajaan kedah telah pun wujud pada zaman Kesultanan Melaka, maklumat-maklumat tentang Kedah terutamanya bagi tempoh sebelum kurun ke -18 amat sukat didapati.

Dalam monograf ini, kebanyakkan esei yang dipilih adalah mengenai perkara-perkara yang belum diketahui ramai. Sebanyak 10 esei dimuatkan dalam monograf ini. m/s 137.  Apabila saya meneliti buku ini, yang menarik perhatian saya ialah esei Halimah Desa yang bertajuk Sejarah Maktab Mahmud. Kalau dulu semasa menjadi pelajar Maktab Mahmud, hanya beberapa maklumat sahaja yang diketahui mengenai sejarah Maktab Mahmud. Menjadi keinginan dah harapan bagi ibu bapa di Kedah agar anak mereka dapat belajar di Maktab Mahmud dan menjadi satu kepuasan apabila anaknya dapat belajar di Maktab Mahmud.

Antara tajuk yang dimuatkan dalam Monograf ini ialah:

  1. Pahlawan Tok Mo Ris
  2. Sejarah Kemunculan Suku “KU” di Pulau Langkawi
  3. Jalan Kuala Kedah
  4. Catuan Makanan di Bukit Meriam
  5. Sejarah Pekan Yan dari segi Ekonomi dan Pelajaran
  6. Sejarah Melayu Changloon
  7. Sejarah Perkembangan Government English School
  8. Anak Bukit Se Abad 1870-1970
  9. Sejarah Maktab Mahmud
  10. Kosaku dan Operasi Matador Satu Kajian Mengenai Pertempuran Jepun-British di Kedah 1941-1942

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...