Tuesday

Ali Yusuf Ali.(1989).alih bahasa oleh Datin Sohair Abdel Moneim Sery .Silsilah Ulama Hadith.Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur/36

BUKU ini sudah berkulat, kertasnya kembang kerana tumpahan air agaknya atau terkena hujan. Rata-rata kertas sudah kekuningan, namun isi kandungannya masih boleh dibaca. Adat dapat buku percuma, biasanya dapat yang tak cantik di pandang, tapi tidak bagi biblioholis. Itulah yang dialami oleh para pencinta buku. Dunia buku sebenarnya mempunyai dinamikanya sendiri dan sekiranya kulit sudah tiada, pun masih boleh dibaiki dan dijilid kemas. m/s 128.

Buku ini memberi maklumat tentang Imam –Imam Hadis iaitu Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Abu Daud, An-Nasai dan Ibni Majah. Sumbangan Alim Ulama dalam bidang hadis perlu diketahui oleh anak muda remaja sebagai ikon dalam menuntut ilmu pengetahuan. Namun  hari ini anak muda lebih terarah ke arah dunia hiburan yang tidak berkesudahan. Salah siapa?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...