Kolokium ini diadakan pada 28 Disember 2010 - dwibahasa- Bahasa Melayu (57 kertas kerja) dan Bahasa Arab, (17 k.kerja ). Kebanyakan kertas kerja ini jenis tinjauan awal, laporan awal dan beberapa dapatan kajian dalam bentuk deskriptif… dari tesis calon Phd. Ada beberapa kertas kerja yang cukup menarik antaranya, dialog antara agama, aplikasi dakwah islamiah menurut surah al-Nahl, falsafah perennial dalam pemikiran Seyyed Hossein Nasr, isu-isu wanita menurut aliran fahaman Islam liberal di Malaysia,kecerdasan rohani, konsep human nature, waqaf, wasiat sebagai mekanisme perancangan harta, penggunaan al-yamin dalam kes mal di mahkamah syariah, mekanisme penggunaan dinar emas dalam ekonomi semasa dan banyak lagi. Yang kurang menarik dalam dvd ini ialah persembahan penulisan ..boleh dikatakan (baru selak 38 kertas kerja) setiap ayat alquran mesti keluar berbagai-bagai kotak , anak panah, tangan dan sebagainya....sepatutnya install al-Quran dalam word sebelum print dalam format PDF atau buat cara lain yang penting ayat al-Quran ada dan boleh dibaca…
No comments:
Post a Comment