Buku ini saya miliki secara percuma, banyak juga buku yang saya miliki secara percuma dan bagi pengumpul buku memiliki secara percuma dan murah sangat mengujakan. Ada juga buku yang dibeli dengan harga yang mahal dan berkualiti kertasnya. Yang menariknya, buku murah dan percuma ini selalunya sempat dibaca berbanding buku yang dibeli dengan harga yang mahal. Ada beberapa cara untuk mendapatkan buku dengan cara yang mudah dan percuma. Anda perlu usaha sedikit sahaja dan sehingga kini saya masih menunggu ketibaan buku secara percuma ini. Bagi buku dengan harga yang murah potongan sehingga 90% juga mudah dicari cuma ada perlu peka dan sensitif dengan maklumat semasa. Pernah satu ketika puluhan buku saya beli dengan harga RM700+, saya cuma membayar sekitar RM82 sahaja. Buku berkualiti dan sangat bermanfaat. Pilih buku yang potongan sehingga 90% sahaja. Ada buku berkenaan riwayat hidup Ismail al-Faruqi yang hanya berharga 30 sen sahaja. Masih ingat lagi, ketika membuat tugasan berkenaan islamisasi ilmu dan riwayat hidup berkenaan tokoh berkenaan, waktu itu belum lagi membeli buku berharga 30 sen ini.
Berbalik kepada buku Langkah –Langkah Menuju Allah karangan Mohd Labib al-Buhi, alihbahasa oleh Yusoff Zaky Yakob. Buku ini memimpin tangan anda ke arah membuka lembaran-lembaran baru yang murni bagi hidup anda di dunia ini. Ia menunjukkan kepada anda selangkah demi selangkah menuju kepada Allah, satu-satunya jalan yang memberi nilai hakiki kepada hidup anda. Mengandungi dua bahagian, m/s 148. Gaya bahasanya sederhana.
No comments:
Post a Comment