Thursday

Muqdad Yaljan. (1986). Peranan Pendidikan Akhlak Islam dalam Membangun Peribadi Masyarakat dan Budaya Manusia. terj. Ys. Tajuddin Nur. Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur./5


Apabila melihat buku ini di rak buku, perkara pertama tentang buku ini ia sangat lusuh, kulit hampir pudar, isinya sudah kekuningan dan berbintik-bintik sana sini. Harga cuma  RM1 ketika membelinya. (kalau tak silap) namun manfaatnya cukup besar. Pernah satu ketika membuat tugasan universiti tentang mazhab dan aliran dalam pendidikan Akhlak secara terperinci, buku ini menjadi penyelamat utama di samping beberapa lagi buah buku tentang akhlak. Membaca  buku  ini cukup membuatkan kita berfikir tentang nilai akhlak yang ada pada diri kita. Selarikah akhlak harian yang merangkumi segala genap ruang kehidupan ini dengan akhlak Islam. Adakah kita benar benar menjiwai falsafah tarbiyyah akhlak Islamiah. Persoalan sedemikian pernah dinukilkan  oleh Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi yang bertajuk Apa Ertinya Anda Seorang Muslim..?

Buku ini ditulis oleh Dr. Muqdad Yaljan dan alih bahasa oleh Ys. Tajuddin Nur, penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur, cetakan 1986, mengandungi empat bab, m/s 145. Bab pertama membincangkan tentang aliran mazhab pendidikan akhlak dan seterusnya peranan pendidikan Akhlak Islam dalam membangun peribadi, masyarakat dan kebudayaan. Kesimpulan dari buku ini ialah peranan Pendidikan Akhlak sebenarnya lebih dari membangun suatu masyarakat yang maju, kerana ia berperanan lebih penting dari itu, membangun masyarakat yang sejahtera berteraskan al-Quran dan Sunnah. Dalam membangun masyarakat yang sejahtera dan benar –benar beriman maka pilihlah ulama’ sebagai pemimpin. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud “ Yang paling baik Islamnya di antara kamu sekalian adalah mereka yang paling baik akhlaknya seandainya mereka mengetahui”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...