Tuesday

Ismail Hamid.(1985). Peradaban Melayu dan Islam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd/16

Anda meminati bidang sejarah? Buku ini sedikit sebanyak menyumbang maklumat kepada anda tentang sejarah Melayu. Mengandungi tiga bahagian, proses penyebaran Islam ke Alam Melayu (bahagian 1), penerapan kebudayaan Islam (bahagian 2) dan cabaran zaman moden ( bahagian 3). Setiap bahagian mengandungi bebarapa tajuk perbincangan. Setiap topik perbincangan diakhiri dengan endnote. Sudah tentu ini, satu kelebihan sekiranya ingin membuat rujukan lanjutan  dengan merujuk sumber asal. Buku Peradaban Melayu dan Islam ini mengupas secara terperinci teori kedatangan Islam, perkembangannya serta aspek dan cara penyebarannya ke alam Melayu. m/s 121.


Bahagian 1
  • Pemikiran Melayu dari Zaman Pra-Islam
  • Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu
  • Pusat-pusat Kebudayaan Melayu dan Islam
  • Sumbangan Islam terhadap pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu
  • Sistem Pengajian Melayu dan Islam pada Zaman Tradisi
Bahagian 2
  • Islam dan kebudayaan Melayu
  • Hubungan Kesusasteraan Arab dan Parsi dengan Kesusasteraan Melayu
  • Pengaruh Lagenda Arab dan Parsi dalam Kesusateraan Melayu Lama
  • Pengaruh Peradaban Islam dalam Kesenian Melayu
Bahagian 3
  • Gerakan Modenisme dan Kebangkitan Islam di Alam Melayu
  • Pengajian Kebudayaan Melayu dari Perspektif Islam
  • Pandangan Islam terhadap Kesenian
  • Pendekatan Islam terhadap Kesusasteraan
  • Peranan Kesusasteraan Melayu Islam
  • Kedudukan Islam di Malaysia Masa kini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...