Tuesday

Abdul Rauh Yaacob.(1994) Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur/17

Dibeli dengan harga RM1.50 dan m/s 99. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam merupakan koleksi artikel. Antara isu yang dimuatkan ialah tentang kedudukan ahli al-kitab dan cabarannya pada zaman Rasullullah s.a.w. Persoalan tentang sebab sebab kejayaan perkembangan Islam di luar Semenanjung Tanah Arab juga dianalisis. Juga dibincangkan tentang isu pertentangan ahli Sunnah Wa al-Jamaah dan Syiah atau kesannya kepada masyarakat Islam, apakah rahmat atau fitnah. Perkembangan ilmu tatabahasa Arab telah dikupas dari persepktif sejarah sebagai sebahagian daripada fenomena perkembangan Islam. Aspek tamadun juga dibincangkan dari perspektif Islam bagi meninjau kelebihan dan kelainannya berbanding dengan perspektif lain. Begitu juga dengan isu tasawuf khasnya dari aspek hubungan ahli sufi dengan golongan pemerintah. Dari aspek catatan kembara pula, Ibnu Battutah ditonjolkan bagi mengisi warisan sejarah awal Islam di Asia Tenggara dan China. Akhir sekali, isu Dunia Islam dan era pembaharuan diketengahkan dengan mengaitkan peranan dan sumbangan ulama’

  • Orang-orang Yahudi di Semanjung Tanah Arab sebelum Islam
  • Keadaan wilayah-wilayah Mesir, Syria dan Iraq serta sikap penduduknya pada Awal Kegiatan Ketenteraan Islam’
  • Pertentangan Sunni-Syi’i: Suatu Rahmat atau Fitnah?
  • Ilmu tatabahasa Arab: Faktor Kemunculan dan Sejarah Pertumbuhannya
  • Konsep Tamadun dari pelbagai perspektif
  • Asia Tenggara dan Negeri China dalam catatan kembara Ibn Battutah
  • Hubungan antara Sultan Ala al-Din kayqubad dengan beberapa tokoh sufi
  • Dunia Islam dan Pembaharuan: Satu tinjauan terhadap Reaksi Ulama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...