Sekali pandang nampak macam tulisan Bahasa Melayu, pandangan mata tepat ke arah Pandangan Hidup Muslim. Saya tidak pasti buku ini dari perpustakaan atau pemilik persendirian, yang pasti ada label buang di belakang buku ini. Agaknya pemilik ini membuang di tong sampah atau di tempat longgokan yang dikira tempat membuang sesuatu agaknya. Buku yang cukup bernilai dan bermanfaat dan penuh dengan falsafah dibuang begitu saja. Boleh dikatakan kebanyakan buku penulisan Prof Dr. Hamka, saya miliki yang original dari Indonesia atau dari pencetak Malaysia tetapi tidak mengubah stuktur ayat. Buku Pandangan Hidup Muslim ini saya beli dari seorang Pak Arab, penjual buku terpakai di Atabah, Mesir. Di belakang stesen bas di Atabah terdapat puluhan deretan kedai buku terpakai yang dijual dengan harga yang cukup murah. Entah sekarang masih ada lagi atau tidak. Saya bertanya kepada penjual arab tu,, di mana dapat buku ini., katanya dari pengutip barang barang terpakai. Dan menariknya walaupun Pak Arab tidak memahami bahasa Melayu, ia masih menjual dan katanya sesuatu buku mesti ada nilai ilmu pengetahuan. Saya meminta membeli dengan harga satu Junaih, lebih kurang RM1. Pak Arab tu menjual dengan harga 3 Junaih. Muktamad. Akhir Kalam!!. Oleh kerana buku ini karangan Prof Dr.Hamka dan buku bertajuk Pandangan Hidup Muslim belum lagi dimiliki, maka saya membelinya dengan senang hati. Bahasa Prof Dr. Hamka sangat menarik dan boleh dibaca berulang kali dan sudah pasti tidak jemu. Buku ini mengandungi 25 bab. m/s 298. Bermula dengan tajuk istiqamah, mencari dia, yang sebaik-baik umat, berfikir bebas tapi terbatas dan beberapa lagi yang menarik dan aktikel terakhir bertajuk akal dan khayal.
saya minat buku ini dimana saya boleh mendapatkannya
ReplyDeleteBoleh dapatkan di area Masjid India, KL.
ReplyDelete