Sunday

Dr Hassan Langgulung (1981) Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. Penerbitan Pustaka Antara : Kuala Lumpur/26

MAKALAH-makalah dalam buku ini adalah dari kertas kerja yang dibincangkan di berbagai seminar dan symposium. Dalam buku ini juga dimuatkan beberapa  makalah dari penulis lain yang terkemuka walaupun takhasus berbeza tetapi masih dalam skop perbincangan “Pendidikan Islam”.  Oleh kerana itu, buku ini diberi tajuk Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. m/s 252. Setelah meneliti kandungan buku ini, ia sangat menarik kerana terdapat banyak rujukan yang membolehkan kita mencari sumber asal. Banyak juga diterangkan dengan sejarah dan menyoroti tentang ahli falsafah Islam. Sebaiknya ia perlu dibaca pada waktu yang tenang agar dapat menghayati dan memahami konsep, falsafah dan intipati perbincangan dalam buku ini.  Antara topik utama yang dibincangkan ialah:

  1. Pendahuluan
  2. Konsep kebebasan dalam Islam
  3. Psikologi dan Pendidikan Islam
  4. Pendidikan Islam dan Kesihatan Mental
  5. Pengajaran Agama Islam di Sekolah-Sekolah Menengah
  6. Punca-Punca Pendidikan Islam
  7. Penutup dan Kesimpulan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...