Wednesday

Haji Buyong Adil.(1980).Sejarah Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur./20

SEORANG kawan pernah bertanya tentang asal negeri Kedah dan salasilah Raja-raja secara ringkas dan bersahaja. Kita mungkin tahu bahawa Tunku Abdul Rahman adalah putera raja dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ketika itu sekadar boleh memberitahu tentang Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1882-1943, ( Sultan Kedah yang ke 26) Sultan Badlishah 1943-1958 (Sultan Kedah yang ke-27) dan Sultan Kedah yang ke 28, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah 1958- sekarang.

Bagi yang ingin mengetahui Sejarah Kedah, buku ini boleh membantu untuk mendapatkan data-data berkenaan Raja Kedah. Buku ini menceritakan Raja Kedah dari awal hingga sekarang, lengkap dengan salasilahnya, m/s 86. Secara keseluhannya, buku Sejarah Kedah ini menceritakan Kedah pra Islam, pengislaman raja-rajanya, hubungan Kedah –Siam dan salasilah Raja Kedah. Selain itu, penulis buku ini juga  menyentuh hubungan Kedah-Inggeris pada awal kurun ke sembilan belas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...