Di Malaysia, kerja sosial adalah disiplin yang relatif baru dan giat diperkenalkan di universiti-universiti awam. Secara amnya, sains sosial terbentuk daripada disiplin ilmu pengetahuan seperti antropologi, sosiologi, ekonomi, politik, psikologi dan komunikasi. Kesedaran untuk memperkenalkan disiplin kerja sosial di peringkat pengajian tinggi berpunca daripada keinsafan terhadap nasib golongan yang tersisih, terlantar dan tidak berupaya dalam arus kemajuan pesat negara.
Buku ini secara khusus membicarakan tentang sumbangan sosiologi dalam membentuk kerja sosial. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan sosiologi, bidang kerja sosial memperoleh idea-idea tentang gejala sosial, kaedah pemulihan, meneropong ke dalam diri dan profesionalisme kerja sosial. Perbincangan buku ini, 5 bab dan m/s 170, meliputi tajuk:
»» Hubungan Sosiologi dengan Kerja Sosial
»» Kegunaan Teori Sosiologi Dalam Kerja Sosial
»» Personaliti, Keluarga dan Budaya
»» Analisis Organisasi Kerja Sosial
»» Masa Hadapan Sosiologi Dalam kerja sosial
No comments:
Post a Comment