Sunday

Fadhilah al-Ustaz Hasan Muhammad.(1956) Al-Taqrirat al-Saniah .Maktabah ilmiah: Madinah al-Munawarah/7

Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan ketika berada di Mekah al-Mukarramah terutamanya di Masjidil Haram dan Masjid Nabi, tahun lepas saya berjumpa dengan seorang wanita dalam lingkungan 40-an. Dia bercerita bahawa setiap tahun dia ke Mekah menunaikan umrah dan sudah masuk kali ke tujuh katanya..sebelum itu, wanita tersebut sering melancung ke luar negara dan apabila pertama kali dia  ke Mekah, selepas itu setiap tahun makcik tersebut ke Mekah dan tahun 2009, saya dan keluarga ke Mekah menziarahi keluarga sebelah ibu di sana. Semua keluarga di sana sihat dan tahun 2010 pun ke Mekah juga berjumpa sanak saudara. Tahun ini 2011 ada perancangan untuk ke Mekah tetapi kesihatan ibu sedikit terganggu dan kata ibu..tahun 2012 insyaAllah kita ke sana.

Manakala cerita buku atau risalah kecil ini pernah saya belajar ketika di Mekah al-Mukaramah. Manzumah al-Baiquniyyah adalah matan berkenaan mustalah hadis. Matannya tak banyak sekitar 35 abyat sahaja, Setiap hari, saya dan beberapa orang kawan pergi mengadap untuk belajar matan ini. Bagi yang meminati bidang hadis, seeloknya hafaz matan ini sebagai sandaran dan rujukan berkenaan ilmu mustalah hadis.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...