Friday

Tony Soon CFP(2011), Impak Maksima dalam Pembentangan, Selangor: PTS Professional/90

MINGGU lepas seorang kawan menelefon bertanya berkenaan dengan conference yang akan diadakan di Thailand nanti. Bagaimana persediaan yang sebaiknya untuk menghadiri sesuatu conference. Tidak dapat dinafikan, setiap orang perlu membuat persediaan yang rapi samada mental, fizikal, luaran dan dalaman. Pengucapan dari seseorang pembentang dapat dinilai samada ia membuat persediaan yang rapi atau sebaliknya. Audiens akan menilai dari segenap sudut terutama berkaitan informasi yang diberikan. Secara asasnya, kualiti pembentangan berkait rapat dengan pengalaman yang berterusan yang akan memperbaiki kemahiran komunikasi dalam setiap pembentangan. Sebagai panduan untuk menguasai pembentangan yang baik, terdapat banyak buku yang diterbitkan berkenaan dengan komunikasi berkesan di pasaran. Semua buku boleh dikatakan baik dan bermaklumat, apa yang membezakan ialah pendekatan dan cara persembahan buku tersebut. Dalam perbincangan dengan rakan tadi, saya mencadangkan buku Impak Maksima dalam Pembentangan sebagai bahan bacaaan awal. Setelah meneliti beberapa buah buku berkaitan dengan komunikasi, saya berpendapat buku amat baik kerana mengutarakan isi yang padat dan juga nipis (m/s 117). Buku ini mampu memberi ilham kepada anda menguasai seni menyampaikan pembentangan secara efektif dan berkesan. Tiada lagi rasa gementar dan gugup ketika pembentangan. Buku ini mengandungi tip- tip mudah lagi komprehensif bagaimana menghasilkan pembentangan cemerlang. Buku ini mengandungi 10 bab perbincangan yang menarik. Antara topik menarik yang dibincangkan ialah

  • Tahu Siapa Audiens Kita
  • Penampilan itu Penting
  • Mengurus Perasaan Gemuruh
  • Kekuatan Alat Bantu Visual
  • Bagaimana Mahu Mulakan? Apa Perlu Saya Perkatakan?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...