Friday

Malik B.Badri alihbahasa oleh Fadlullah Wilmot. (2001). Dilema Ahli Psikologi Islam :Keadaan Serba Salah Yang dihadapi Oleh Pakar Ilmu Jiwa-Jiwa Islam. Kuala Lumpur: Medeena Books./122

Di dunia barat ilmu jiwa dengan segala cabang rantingnya telah menjadi seumpama satu agama. Ilmu jiwa barat berkembang dalam suatu suasana yang makin lama semakin menyingkirkan agama dan Tuhan dan berusaha membuat satu gambaran mengenai kehidupan yang kosong dari kerohanian. Ilmu jiwa sekarang memusatkan perhatiannya kepada masalah lahiriah saja sedangkan masalah agama, roh dan akhlak diabaikan. Banyak hal dalam psikologi Barat mempunyai andaian dan teori yang bertentangan langsung dengan Islam walaupun sebahagian dari penemuannya berfaedah.

Timbul beberapa persoalan, apakah orang Islam memerlukan ilmu jiwa? Adakah ilmu jiwa moden keseluruhannya bersifat kebaratan? Adakah kaedah untuk menyesuaikan ilmu jiwa moden dengan Islam?. Persoalan –persolan ini menjadi latar belakang kepada dilemma ahli ilmu jiwa Islam. Bagi yang mempunyai asas pengetahuan tentang agama Islam secara keseluruhannya, boleh menyaring bahan dan maklumat tentang psikologi Barat dan membuat perbandingan dengan Islam. Namun, bagaimana yang berpegang maklumat tentang ilmu psikologi secara total dari Barat, buku ini menjelaskan dengan terperinci tentang selok belok psikologi Barat. Apa yang perlu diketahui  ialah bahayanya kepada pakar sains kemanusiaan mempercayai secara membuta tuli teori-teori dan norma-norma barat. Judul asal buku ini  ialah “ The Dilemma of Muslim Psychologist” dan dialihbahasakan oleh Fadlullah Wilmot dan diberi kata-kata aluan oleh Dr Hassan Langgulung.


Kandungan


Kata-Kata Aluan
Sepatah Kata dari Pentejemah
Riwayat Hidup Penulis
Kata Pengantar

1- Muqaddimah
2- Ahli Ilmu Jiwa Islam Sebagai seorang Behaviourist
3- Ketika Ilmu Jiwa Bercampur dengan Falsafah Kesenian dan Renungan
4- Pertentangan Antara Ideologi Islam dan Ilmu Jiwa Filosofikal Mulhid
5- Ahli Kaji Jiwa Kanak –Kanak Islam dalam Lubang Biawak
6- Liang Psikometrik
7- Ahli Kaji Jiwa Pendidikan Islam yang Menjadi Burung Kakak Tua
8- Jurang Cerakin Jiwa
9- Jatuh Ke Liang Freud Ke Tempat Yang Gelap Gulita
10- Dunia Barat Menolak Freud
11- Bagaimana Pakar Ilmu Jiwa Islam Menghargai Ilmu Jiwa Barat
12- Ilmu Jiwa Yang Berkhidmat Kepada Islam

I. Rawatan Jiwa Yang Berkhidmat Kepada Islam
II. Pakar Psikometrik Islam
III. Kaji Jiwa Pendidikan Untuk Kepentingan Islam
IV. Pakar Kaji Jiwa masyarakat Yang Beragama Islam
V. Konsep Islam mengenai Syakhsiah

13. Adakah semua Mazhab Ilmu Jiwa Barat Menafikan Agama?
14. Bagaimana dengan Mazhab-Mazhab Ilmu Jiwa Barat Yang Bertentangan dengan Agama.
15. Bagaimana menolong Orang Keluar dari Lubang Biawak

I. Peringkat Jatuh Cinta
II. Peringkat Rujukan
III. Peringkat Kebebasan

Rujukan
Fihrasat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...