BUKU ini adalah hasil karya seorang penulis dan pejuang Islam terkenal iaitu Dr Mustafa As-Siba’I dan judul asalnya “ As-Sirah An- Nabawiyyah Durus Wa Ibar”. Sebuah karya ringkas berkenaan dengan sejarah Nabi Muhammad S.A.W bermula daripada masa sebelum dilantik menajdi Nabi sehingga kewafatannya. Antara keistimewaan buku ini adalah bentuk persembahnnya sistematik dan menarik terutama apabila setiap fakta sejarah yang dibentangkannya disertai dengan pengajaran yang tersirat di sebalik setiap peristiwa yang berlaku. Aspek inilah yang paling penting bagi pengajian sejarah dalam Islam kerana pengetahuan sejarah untuk diambil pengajaran dan pengiktibaran. Lebih- lebih lagi sejarah yang berkaitan dengan peribadi agung yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada umat akhir zaman. m/s 194
ISI KANDUNGAN
Sepatah Kata Dari Penterjemah
Bab Pertama : Riwayat hidup Rasullullah s.a.w sebelum dilantik menjadi Nabi.
A. Beberapa Fakta sejarah
B. Beberapa pelajaran dan pengajaran
Bab Kedua : Sejarahnya sejak dibangkitkan menjadi Nabi hingga berhijrah ke Habsyah
A. Beberapa peristiwa
B. Beberapa pelajaran dan pengajaran
Bab Ketiga: Sejarah selepas hijrah ke Habsyah hingga ke Madinah
-Beberapa pelajaran dan pengajaran
Bab Keempat: Semenjak Nabi hijrah hingga menetap di Madinah
A. Beberapa Fakta sejarah
B. Beberapa pelajaran dan pengajaran
Bab Kelima : Peperangan-peperangan di masa Rasullullah s.a.w
1. Peperangan Badar
2. Peperangan Uhud
3. Peperangan Bani Nadhir
4. Peperangan al-Ahzab
5. Peperangan Bani Quraizah
6. Peperangan Hudaibiyah
7. Peperangan Khaibar
8. Peperangan Mu’tah
9. Peperangan Fatah
10. Peperangan Hunain
11. Peperangan Tabuk
Beberapa pelajaran dan pengajaran.
Bab Keenam: Beberapa peristiwa penting setelah pembukaan Mekah hingga wafatnya Rasullullah s.a.w
1. Peperangan Hunain
2. Pemecahan berhala-berhala
3. Peperangan Tabuk dan beberapa pengajaran penting
4. Haji perpisahan (Hajjatul Wida’)
5. Pengutusan Usamah
6. Kewafatan Rasullullah s.a.w
No comments:
Post a Comment