Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7: Peringkat Nusantara ini mengandungi 51 kertas kerja yang membincang dan membahaskan tema utama wacana ini, iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kertas kerja berbentuk kajian emperikal dan konseptual ini ditulis oleh ahli akademik yang kebanyakannya mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kebanyakan mereka mengajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam seperti di UKM, USM, UTM, UIA, UiTM, UDM, UPM, UM, UPSI dan USIM. Terdapat juga kalangan pembentang kertas kerja ini yang terdiri daripada guruguru sekolah menengah, pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, pelajar siswazah dan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, prosiding yang dihasilkan ini dapat dijadikan bahan rujukan, bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dan untuk kajian lanjutan bagi mereka mereka yang ingin mendalami sesuatu isu yang dibentangkan dalam wacana ini. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7 ini mengandungi pelbagai maklumat, bahan dan idea yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar, guru, pensyarah dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung an tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Kertas Kerja
1. Modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid dalam Pendidikan Islam KBSM tingkatan dua
2. Pembinaan model pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Arab
3. Penilaian kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Program Pendidikan Islam dan Al-Quran (PIPAQ)
4. Meningkatkan kemahiran menulis kedudukan hamzah dalam perkataan Arab dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Arab di IPGM Kampus Tuanku Bainun dengan menggunakan Modul ASADULLAH
5. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab melalui kaedah nahu terjemahan: Kajian di Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh
6. دور مواقع تعليم اللغة العربية لغيرالناطقين بها في الانترنيت: دراسة تحليلية نموذجية لمواقع "لوتاة"
7. Pendekatan pembelajaran dan keupayaan visualisasi-spatial serta hubungannya dengan pencapaian pelajar Kolej Matrikulasi
8. Teknik diskusi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam
9. ÑÑAqÊdah education in Malaysian schools: A re-examination of
10. textbooks approach
11. Teknik persediaan nota Bahasa Arab dalam pengajaran
12. Pengajaran pendidikan Sains Islam kepada pelajar bidang Sains dan Teknologi: Pengalaman Universiti Teknologi MARA
13. Pengintergrasian pendidikan Islam dan ilmu psikologi dalam pembentukan akhlak pelajar
14. Hala tuju graduan Bahasa Arab dalam pasaran kerjaya berdasarkan keperluan majikan
15. الطرق المستخدمة في تدريس قواعد اللغة العربية لغير الناطقين بها بجنوب تايلاند : دراسة حالية في جامعة الشيخ داود الفطاني الاسلامية.
16. Pembinaan instrumen pentaksiran akhlak pelajar
17. Falsafah pendidikan guru: Perlukah dikaji semula
18. Amalan pembelajaran tahfiz al-Quran: Kajian di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN)
19. اراء العلماء في علاقة البلاغة بالتفسير وامثلتها
20. Aplikasi pembelajaran masteri dalam Pendidikan Islam
21. The use of ICT inteaching Islamic subjects in religious schools and IRK subjects in secular schools in Brunei Darussalam
22. Etika profesionalisme guru Pendidikan Islam melalui pendekatan hisbah kendiri
23. ICT dalam pendidikan: Aplikasi, isu dan cabaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
24. Pendekataan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
25. Hala tuju pembelajaran Sastera Arab: Analisis akhlak dalam kitab Al- Bukhala’
26. Pendidikan Islam di Universiti Sains Malaysia: Sejarah dan hala tuju
27. Pengajaran dan pembelajaran amali solat di Program Pendidikan Khas Intergrasi Masalah Pembelajaran
28. Pembaharuan dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia: Asas dan pengaruh
29. Pembentukan insan berakhlak mulia daripada perspektif Falsafah Pendidikan Islam
30. Evolusi pengajian Tahfiz di Malaysia
31. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua: Tahap sebutan huruf hijaiyyah Arab
32. Kesepaduan ilmu dalam Pendidikan Islam wacana khaira ummah
33. Mengembangkan keunggulan para profesional muslim non-Arab melalui Bahasa Arab untuk tujuan memahami wahyu (BAUTMW)
34. Pendidikan Islam melalui penggunaan filem dalam pengajaran dan pembelajaran
35. ادارة محتوى اللغة العربية و توجيهات علمية بوصفها لغة ثانية في المستويات المالزية الاساسية : دراسة وصفية تحليلية
36. Kurikulum pendidikan pondok kini: Satu kajian di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia
37. Pendekatan akhlak Islamiah dalam pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia
38. Hubungan amalan ibadat solat fardhu dengan disiplin pelajar: Satu kajian di SMK. Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan
39. Tauhid sebagai asas konsep pendidikan sepanjang hayat dan konsep pendidikan bersepadu
40. Isu gender dan interaksi di sekolah menengah agama negeri
41. Persepsi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dalam bilik darjah
42. وضع اللغة العربية في ماليزيا كلغة اجنبية: اعادة النظر
43. Khatam al-Quran di sekolah rendah dalam kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia
44. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Pengajian Quran yang berkesan di IPTA
45. Institusi masjid sebagai wadah memartabatkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Malaysia
46. Infrastruktur bilik darjah Program Intergrasi Pendidikan Khas menyokong pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
47. Penguasaan ibadah solat murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran: Satu tinjauan di sekolah menengah di negeri Melaka
48. Merokok daripada perspektif Islam: Tinjauan dalam kalangan pelajar sekolah menengah
49. Matlamat Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian kes
50. Penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah kebangsaan menerusi Program J-QAF: Satu kajian kes
51. Beberapa kaedah dan amalan pengajaran Bahasa Arab serta cadangan untuk memperkasakannya
52. Profesionalisme guru Pendidikan Islam
No comments:
Post a Comment