Thursday

K.H Sirajuddin Abbas (1979), Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i. Penerbit Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Kota Bharu: Kelantan./92

SETIAP kali ingin merujuk hal berkaitan dengan mazhab Syafie, buku ini merupakan salah satu rujukan wajib saya, Ini kerana,  buku ini  banyak memaparkan maklumat berkenaan dengan  salasilah perguruan, anak murid, pengembang mazhab dan pengarang-pengarang kitab fiqh dalam mazhab Syafie’i. Selain itu, karangan Imam Syafie dan juga pengembang mazhab selepasnya disenaraikan dengan penuh terperinci. Juga diterangkan ulama besar dalam mazhab al-Syafie dari abad ketiga sehingga abad keempat belas.  Antara buku yang dirujuk juga berkaitan dengan mazhab Syafie ialah karangan Sheikh Nuruddin Marbu Banjar al-Makki yang bertajuk Maklumat Tahammuk., boleh rujuk pada label karya Am ( buku ini menjelaskan salasilah perkembangan kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie-) Perkara lain yang dibincangkan dalam buku ini ialah soal-soal yang berkaitan dengan ijtihad dan mujtahid, ittiba’ dan taqlid dan lain-lain.  Secara keseluruhannya buku ini sangat berguna sebagai bahan bacaan dan rujukan.  Salasilah perkembangan kitab dalam mazhab juga diterangkan bersama dengan gambarajah. Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian, m/s 343 (1) Sejarah Ringkas Imam Syafie Rahiahullah (2) Huraian tentang Fatwa, Ijtihad, Mujtahid, Taqlid dan lain-lain (3) Pembangunan Mazhab Syafie Rahimahullah (4) Nasihat dan Anjuran (5) Khatimah (penutup).
Ramai ulama besar yang mengarang Tabaqat al-Syafie.

Di antaranya:
1. Muhammad bin Sulaiman As-Suluki (w. 440H) dengan judul al-Muhazzab fi Syuyukhil Mazhab.

2. Abu Talib al-Tabari (w. 450H) dengan judul Mukhtasar

3. Abu Asil al-Abbadi (w.458H) dengan judul Tabaqat

4. Abi Ishaq Asy-Syirazi (w.476H) dengan nama Mukhtasar

5. Abu Muhammad al-Jurjani (w489H) dengan nama al-Thabaqat

6. Imam Abu Muhammad Abdul Wahab bin Muhammad (w. 500H) dengan nama Tarikh al-Fuqaha

7. Imam Abu Najib Asy-Syahrawardi (w.563H) dengan nama Tabaqat

8. Imam Ibnu Salah (w.634H) dengan nama kitab Tabaqat.

9. Syeikh Jamaluddin Al-Asnawi (w. 772H) dengan nama Tabaqat

10. Syeikh Umar bin Bundar (w.672H) dengan nama Tabaqat at-Taflisi

11. Al-Hafiz Ibnu Kathir (w. 774H) juga nama Tabaqat.

12. Syeikh Muhammad Hasan al-Wasiti (w.776H) dengan nama Matalibul ‘Aliyah fi Manaqibis Syafiiyyah.

13. Syeikh Syamsuddin Muhammad bin Abdulrahman Qadi Safad (w.780H), dengan judul Tabaqat.

14. Qadi Syariffuddin, Abu Abdullah bin Qutub (w. 800H), mengarang kitab al-Kafi Fi Ma’rifati Ulama Mazhab Syafie.

15. Syeikh Sirajuddin Umar bin Ali yang terkenal dengan nama Ibnu Mulqin (w.804H) dengan judul Al-Aqdul Muzahab fi Tabaqat Hamlatil Mazhab.

16. Al-Firuzabidi (w.817H), pengarang Kamus al-Muhit mengarang juga kitab Tabaqat dengan nama Al-Maqatul Arfa’is.

17. Imam Taqijuddin ad-Dimsyaqi (w.851H) mengarang kitab Tabaqat yang dibahagikan kepada 20 bahagian.

18. Radhiyuddin Muhammad bin Ahmad al-‘Amiri (w.864H) mengarang kitab dengan nama Bahyatun Nasirin.

19. Qadhi Qutubuddin Muhammad bin Muhammad al-Khaidhari (w.894H) dengan judul al-Luma’ al-Alma’iyah.

20. Syeikh Kamaluddin Abul Ma’ali (w.906H) juga dengan judul Tabaqat.

21. Abu Bakar bin Hijayatullah (w.1014H), mengarang kitab Tabaqat Syafi’iyyah.

22. Syeikhul Islam Asy-Syarqawi (w.1227H), mengarang kitab Tabaqat yang menerangkan terjemahan ulama-ulama Syafi’I dari tahun 900 sampai 1211H.



Berikut adalah senarai guru Imam Syafie yang masyhur antaranya:

a) Di Mekah

1. Muslim bin Khalid Az-Zanji
2. Ismail bin Qustantien
3. Sofian ibn Uyainah
4. Saad ibn Abi Salim al-Qaddah
5. Daud Ibn Abdulrahman Al-Attar
6. Abdul Hamid bin Abdul Aziz




b) Di Madinah

1. Imam Malik bin Anas ( Pengasas Mazhab al-Maliki)
2. Ibrahim Ibnu Saad al-Ansari
3. Abdul Aziz bin Muhammad ad-Darurdi
4. Ibrahim ibnu Abi Yahya al-Asaami.
5. Muhammad bin Said
6. Abdullah bin Nafi’


c) Di Yaman

1. Matraf bin Mazin
2. Hisyam bin Abu Yusuf Qadi San’a
3. Umar bin Abi Salamah (pengasas Mazhab Auzaei)
4. Yahya bin Hasan (Pengasas Mazhab Leith)


d) Di Iraq

1. Waki’ bin Jarrah
2. Humad bin Usamah
3. Ismail bin Ulya
4. Abdul Wahab bin Abdul Majid
5. Muhammad bin Hasan
6. Qadhi bin Yusuf.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...