Wednesday

Prosiding Sejarah Kesusasteraan Arab Era 'Abbasi (2009),Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia/116


BUKU ini merupakan Prosiding Diskusi Ilmiah Sastera Arab Zaman Abbasiyyah yang diadakan pada 17 Oktober 2009. Buku ini memuatkan 15 makalah yang membincangkan Sejarah kesusasteraan Arab sekitar zaman 'Abbasi. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik khususnya dalam bidang kesusasteraan Arab. Beberapa tajuk amat menarik  dan boleh diketengahkan sebagai kajian lanjutan dalam bidang kesusasteraan Arab. Antara tajuk makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut: m/s:265
Kertas Kerja

1. Muslim Ibn al-Walid: Pengasas Ilmu al-Badi‘ & Unsur-unsurnya dalam Puisi
2. Kemunculan Mujun dan Zindiqah pada Zaman ‘Abbasi Serta Pengaruhnya Terhadap Puisi Arab
3. Ibn Qutaybah: Tokoh Sasterawan Islam Zaman ‘Abbasi
4. Kedudukan Syair dan Penyair Zaman ‘Abbasi
5. Puisi Akhlak Sasterawan Mawali pada Zaman ‘Abbasi
6. Sahl Ibn Harun: Penulis pada Zaman ‘Abbasi dan Sumbangannya
7. Unsur-unsur Pembaharuan dalam Syair-syair Zaman ‘Abbasi Pertama
8. Sumbangan Khalifah Harun al-Rashid dalam Perkembangan Sastera Arab Zaman ‘Abbasi
9. Tema Pujian pada Zaman ‘Abbasi: Pengkhususan Kepada Penyair Muslim al-Walid
10. Kedudukan Prosa pada Zaman ‘Abbasi Pertama: Satu kajian
11. al-Musamarah: Tokoh Penyair pada Zaman ‘Abbasi
12. Interaksi Bangsa Arab dengan Bangsa Asing Pengaruhnya: Terhadap Kesusasteraan Prosa Zaman ‘Abbasi
13. Perkembangan Penulisan Ilmiah dan Pengaruhnya dalam Kesusasteraan Arab Zaman ‘Abbasi
14. Konsep Zuhud dalam Puisi Zaman ‘Abbasi
15. Pengaruh Parsi dan Perkembangan Dunia Puisi Zaman Abbasiyyah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...