KONVENSYEN Wakaf Kebangsaan 2006 dianjurkan oleh Jabatan Waqaf, Zakat &Haji, Jabatan Perdana Menteri pada 12-14 September 2006 bertempat di Hotel The Legend, Kuala Lumpur.Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 adalah satu daripada beberapa kaedah bagi Jabatan Waqaf, Zakat & Haji untuk mendapat dan menjana idea-idea baru dalam pembangunan wakaf Malaysia. Resolusi dan dihasilkan daripada pembentangan kertas kerja dan pencambahan fikiran di kalangan cendiakawan, pengkaji dan pengamal wakaf akan dapat dikumpulkan, dianalisa dan dihalusi bagi dikemukakan kepada pembuat dasar hal ehwal wakaf untuk dipertimbang dan dilaksanakan.
Kertas Kerja
1.Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Wakaf
2.Fatwa-fatwa Wakaf di Malaysia Analisa Khusus di Negeri Kelantan
3.Pelaburan Wakaf : Strategi dan Rangka Kerja Perundangan Islam
4.Pembangunan Tanah Wakaf : Isu, Prospek dan Strategi
5.Perundangan Wakaf dan Isu-isu Berbangkit
6.Ke Arah Pelaksanaan Sistem Perakaunan Wakaf yang Piawai
7.Inovative Modes of Financing The Development of Waqf Property
8.Pengurusan Harta Wakaf dan Potensinya Ke Arah Pendidikan Umat Islam di Malaysia
9.Pelaksanaan Sistem Teknologi Maklumat Dalam Pengurusan Harta Wakaf
10.Pengalaman Majlis Agama Islam Singapura Dalam Pengurusan Harta Wakaf
11.Pengalaman Majlis Ugama Islam Brunei Dalam Pengurusan Harta Wakaf
12.Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Negara-negara Islam
13.Amalan Saham Wakaf Johor
14.Peranan Takaful Dalam Penjanaan Wakaf Tunai Sebagai Produk Baru Wakaf
15.Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk.
No comments:
Post a Comment