SESUNGUHNYA Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar. (Surah al-Taubah: (9):111
Dalam ayat di atas hubungan yang wujud di antara manusia dengan Allah adalah atas landasan IMAN (perlakuan yang penuh sedar meletakkan kepercayaan kepada Allah) telah dipanggil “penjualan”. Ia merupakan perjanjian menyerahkan seluruh kehidupan dan harta miliknya kepada Allah dengan mendapat tukaran yang telah dijanjikan di Akhirat kelak. Tujuan utama syariat ialah untuk membentuk kehidupan manusia atas dasar makrufat (nilai-nilai kebajikan dan kemuliaan) dan menghindari dari yang munkar ( perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan kerosakan). m/s:101
ISI KANDUNGAN
Pertama: Konsep Hidup Islam
Kedua : Sistem Akhlaq
Ketiga : Sistem Politik
Keempat: Sistem Sosial
Kelima : Sistem Ekonomi
Keenam : Sistem Kerohanian
No comments:
Post a Comment