Tuesday

Md. Akhir Hj. Yaacob(1987), Tamadun Islam Asas Penyelesaian Masalah Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar./67

BUKU ini memuatkan tiga artikel  yang berkaitan dengan tamadun dan hadarah Islam. Artikel ini padat dengan penerangan yang berfokuskan kepada perbincangan utamanya. Artikel Pertembungan Islam-Barat memperlihatkan bagaimana Barat mengutamakan kebendaan dari segala yang lain. Perubahan sentiasa berlaku di barat. Sejarah peradaban Barat jelas membuktikan bahawa falsafah perubahan terus menerus tanpa batasan, di antara pelopornya ialah Charles Darwin (Kajihayat), Karl Mark (Ekonomi), Herbert Spencer (Sosiologi) dan Hegel (sejarah). Walaupun budaya keilmuan berkembang mengikut citarasa barat tetapi yang jelas ialah  barat mengutamakan sekularisme dan fahaman kebangsaan. Hal sedemikian menyebabkan spiritual diabaikan. Lihat sahaja pemberontakan terhadap agama Kristian ini merupakan suatu pukulan yang melumpuhkan agama tersebut dan tidak berdaya lagi untuk bangkit. Kedudukan agama dan Gereja menjadi pudar dan tidak berwibawa. Itulah yang berlaku di Barat. Buku kecil ini juga membincangkan peradaban barat dan kelemahannya. m/s:73

Kandungan

  1. Al-Quran Sumber Hadarah
  2. Peradaban Barat dan Kelemahan-Kelemahannya
  3. Pertembungan Islam-Barat Dalam Sejarah Moden dan Kesannya Dalam Pemikiran Masyarakat Islam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...