BUKU ini memaparkan sumbangan Islam terhadap matematik pada zaman kegemilangan ilmu pengetahuan yang bermula lebih kurang pada abad ketujuh sehinggalah abad ketiga belas. Ahli-ahli matematik Islam telah mencipta sistem perpuluhan aritmetik dan menyusun formula operasi-operasi asas yang berkaitan dengan penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, kuasa berganda serta menjumpai punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Dalam abad kesembilan, algebra telah menukarkan konsep nombor dari sifat asal aritmetriknya sebagai kuantiti yang tetap kepada unsur pembolehubah (variable) dalam suatu persamaan matematik. Aritmetrik merupakan asas semua bidang matematik sama ada matematik tulen atau gunaan. Antara ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan terhadap bidang matematik ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-Kindi.
- Dalam bidang trigonometri, Muhammad Ibn Jabir al-Battani telah memajukan teori fungsi-fungsi sinus, kosinus dan tangen.
- Dalam bidang al-Gebra, Al-Khwarizmi, menulis karya klasiknya tentang al-gebra yang berjudul al-Jabr wa al-Muqabalah.
- Al-Biruni adalah di antara oran yang mengasaskan trigonometri moden.
- Ala al-Din Ali ibn Ibrahim ibn al-Muwaqqit ( Ibn al-Shatir), menulis risalah Rasad Ibn Shatir (pemerhatian Ibn Shatir)
- Abu Ali al-Hasan ibn Al-Haitham, merupakan ahli matematik Islam dan mengkaji dalam bidang optic dan karyanya yang penting iaitu Kitab al-Manazir. Aristotle dan Ibn Khaldun menganggap optic merupakan satu cabang geometri. Geometri ialah ilmu yang bukan saja membawa kepada pengkajian sifat-sifat ruang tetapi juga berkaitan dengan pengukuran magnitude.
- Thabit Ibn Qurra (836-91M), Beliau melanjutkan usaha-usaha al-Khwarizmi.
- Al-Kindi juga merupakan tokoh dalam bidang matematik, beliau memberikan sumbangan yang nyata dalam bidang aritmetik dan geometri.
- Al-Hajjaj Ibn Yusuf, juga seorang ahli geometri Islam telah menterjemahkan Elements of Euclid untuk Harun al-Rasyid( 786-809M) dan menamakan terjemahannya itu Haruni
Dalam sejarah kegemilangan tamadun umat Islam, berbagai-bagai penemuan ilmiah telah dilakukan oleh mereka. Ahli-ahli matematik telah mencipta symbol, formula dan kaedah matematik. Buku sesuai dibaca oleh pelajar instutusi pengajian tinggi dan juga orang awam. m/s 110
KANDUNGAN
PRAKATA
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Latar Belakang sejarah
Bab 3: Aritmetik
Bab 4: Al-Gebra
Bab 5: Trigonometri
Bab 6: Geometri
Bab 7: Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
INDEKS
No comments:
Post a Comment