PROSIDING ini sangat berguna untuk memahami metodologi penyelidikan secara tidak langsung sekiranya anda mengambil bidang pendidikan. Beberapa perkara perbincangan dalam setiap proposal ini padat dengan maklumat berkaitan dengan kaedah, cara penyelidikan dibuat dan ia amat penting. Begitu juga permasalahan kajian yang dikemukakan sangat menarik dan ia benar-benar mengajar anda cara memahami secara mendalam bagaimana permasalahan kajian diolah dan dikupas. Ia sangat membantu sekiranya anda akan membuat penyelidikan nanti. Melalui pembacaan prosiding ini dapat membantu anda mengenal pasti masalah kajian dan lain –lain topik perbincangan untuk kajian anda nanti. Suatu ketika dulu ketika berbincang dengan rakan-rakan tentang hal dan selok-belok pendidikan. Persoalan yang timbul ialah kenapa ruang lingkup kajian pendidikan berkisar dalam putarannya sahaja. Namun jika diperhatikan tajuk-tajuk yang dikemukakan dan meneliti dapatan kajian ia sekadar menjelas hubungan antara beberapa konstruk. Dapatan menunjukkan signifikan atau tidak signifikan. End..?. Kedua, dalam meninjau tajuk- tajuk yang dikemukakan oleh para pelajar dan cuba anda perhatikan, kebanyakan tajuk berkisar dengan hubungan tahap, penilaian, membina instrumen, budaya organisasi, gaya pembelajaran, strategi pembelajaran, mencari faktor-faktor dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan sektor pendidikan. Itu yang bermaksud ia berkisar dalam putarannya sahaja. Tajuk yang dikemukakan oleh pelajar kadang-kadang sudah tepu perbincangannya. Sebagai contoh, tahap kepuasan kerja dan dapatan kajian menunjukkan ada hubungan antara beberapa faktor atau sebaliknya. Memang tidak dinafikan, pelbagai sudut dilihat dalam konteks penyelidikan berkaitan tahap kepuasan kerja. Dapatan kajian boleh digunakan untuk penambahbaikan dalam organisasi. Namun sejauh mana mengaplikasikan dapatan kajian tersebut. Ini belum lagi dikaitkan dengan kerenah birokrasi, budaya pilih kasih dan sebagainya. Dan menariknya, tahap kepuasan kerja terus dikaji dan diselidiki lagi. Dan menariknya juga, pensyarah juga mengiyakan tajuk tersebut. J Apakah objektifnya, antaranya pelajar memilih jalan mudah untuk grad? Tajuk kajian mungkin sudah tepu, itu soal kedua. Kenapa ia berlaku, ini mungkin para pelajar terikat dengan bentuk dan cara penyelidikan yang dibuat sebelum ini atau pensyarah menjalankan tugas hakikinya sahaja? Ini belum lagi dilihat pada tajuk dan skop-skop yang lain. Dalam perbincangan itu, saya cuba mengimbangi dengan memberi pandangan bahawa penyelidikan dalam sesuatu bidang ada kekuatannya tersendiri dan ia membantu dalam bidang yang lain, begitu juga sebaliknya dan soal organisasi ,pentadbiran adalah soal lain dan yang pastinya ia memang ada hubungan. Jam menunjukkan 12 malam tepat. Perbincangan kami terus merebak ke soal organisasi pentadbiran universiti, kerenah birokrasi, budaya penyelidikan di universiti, adakah hasilnya disebarkan atau terperap dalam perpustakaan dan juga AUKU. Emm…banyak perkara perlu diselesaikan.
Berbalik kepada prosiding kolokium siswazah ini, sebanyak 25 tajuk telah dikemukakan dalam prosiding ini. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut. m/s:196
Isi Kandungan
1. Hubungan Tahap Penglibatan Bapa Dalam Asuhan Dengan Pengaruh Konstekstual Sosial, Pencapaian Akademik dan Konsep Kendiri Anak Remaja.
2. Mekanisme Sistem Sokongan Sosial dan Faktor Input: Satu Analisis Korelasi Terhadap Faktor Peramal Kataris Dalam Sukan.
3. Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Murid Pekak.
4. EFL Languages Learning Strategies Employed by State Islamic, University Students Toward Theirs English Languages.
5. Effectiveness of Modules of Classroom and Non-Classroom Environmental Activities on Develeping Skills and Environmental Values For Students in The First Grade of The Secondary Stage of Basic Education In Saudi Arabia.
6. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz al-Quran di Darul Quran Jakim dan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN).
7. Mengidentifikasi Sifat Guru, Membina dan Mengesahkan Instumen Personaliti Untuk Pemilihan Bakal Guru.
8. Kesan Strategi Pembelajaran Kontekstual Terhadap Kemahiran Proses, Penyelesaian Masalah, Sikap Saintifik dan Pencapaian Konsep Biologi Pelajar Sekolah Menengah Rendah.
9. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Ekonomi Asas Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah.
10. The Effect of Theachers Assistance On Learners Writing Skills And Self-Efficacy: A Theoretical Framework.
11. An Evaluation of English For Academic Purposes Courses A Case Study.
12. Penajaan Telekom Malaysia Dalam Sukan Di Malaysia: Dasar, Rasional dan Implikasi.
13. An Evaluation of The Malaysian Armed Forces General English Upper Intermediate Course (Officers).
14. The Development Of Career Decision Making Indicators (CDMI) And IT’S Relation With Adolescence Personal Style Iventory.
15. Pelaksanaan Pendekatan Konstuktivisme Dalam PPSMI.
16. Pembinaan Instrumen Psimetrik Bagi Pemilihan Pemimpin Sekolah Ke Arah Kelestarian Kemimpinan.
17. Kompentensi Profesionalisme Keguruan Pensyarah di Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Islam Riau-Pekan Rabu.
18. Use of Perfomance Tasks In Assesing Year Six Students Mathematical Thinking.
19. Kajian Penggunaan Enjin Carian Bagi Perolehan Sumber Maklumat Dalam Kalangan Pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah.
20. The Use of Imagenary As A Strategy For Theaching Proper Landing Technique.
21. Adaptasi Budaya dan Bahasa Instrumen Saringan Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak.
22. Keberkesanan Modul Merancang Kerjaya Ke Atas Motivasi Belajar, Kemahiran Belajar dan Kebolehan Merancang Kerjaya Pelajar Berpencapaian Rendah.
23. Design Development Evaluation Of English For Technical Purposes Mobile Content Packope For Technical Students.
24. Pengaruh Amalan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Terhadap Hasil PSM di Politeknik dan IPTS.
25. Budaya Organisasi dan Hubunganya Dengan Kerjaya Guru: Kajian Perbandingan di Sekolah Menengah Atas Islam dan Kristian Di Sumatera Barat.
No comments:
Post a Comment