PROSIDING Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan - Politik, Ekonomi Sosial dan Intelektual Era ‘Abbasi yang diadakan pada 16 September 2006 / 23 Sya’ban 1427H, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Simposium ini menyaksikan 17 ahli akademik membentangkan hasil penyelidikan dan kepakaran masing-masing khususnya dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Buku ini memuatkan 17 makalah yang membincangkan tentang pelbagai aspek seperti Politik, ekonomi, sosial dan intelektual zaman 'Abbasi. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik amnya dalam bidang pengajian Arab dan Sejarah tamadun Islam.Antara tajuk makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut, m/s:163
1. Perkembangan Ilmu al-Balaghah Pada Zaman ‘Abbasi
2. Neo-Muktazilah (Muktazilah Moden) dan Akarnya di Era ‘Abbasi: Satu Tinjauan
3. The Decline of the ‘Abbasid Caliphate and the Rise of the Saffarids: An Overview
4. Revolusi ‘Abbasiyyah: Satu Penilaian Semula
5. Al-Tabari: Mufassir Era ‘Abbasi
6. Tanzih dan Ta’wil Dalam Faham Ketuhanan Fakhr al-Din al-Razi
7. Kitab al-Bukhala’ Karya ‘Amr b. Bahr b. Mahbub: Satu Pengenalan dan Terjemahan Beberapa Kisah
8. The Science of Medicine During ‘Abbasid Dynasty (132-655A.H./750-1258C.E.)
9. Kolaborasi Muslim-Non Muslim: Pemacu Kegemilangan Sains dan Teknologi Era ‘Abbasi
10. Perang Salib dan Implikasinya Terhadap Percampuran Budaya Timur-Barat
11. Hikayat Alf Laylah wa Laylah: Penterjemahan dan Pengaruhnya Terhadap Filem-filem Melayu
12. Peranan dan Sumbangan Lughawiyyun Dalam Perkembangan Pensejarahan Islam
13. Persoalan Tashbih dan Semantik Dalam Puisi ‘Abbasi
14. Analisa Perbahasan (al-Mathal) Dalam Kamus Asas al-Balaghah Karangan al-Zamakhshari
15. Pemberontakan di Iran Pada Awal Pemerintahan Kerajaan ‘Abbasiyyah
16. Genre Puisi Arab Pada Zaman ‘Abbasi
17. Al-Jahiz and Mu‘tazilite Thought
No comments:
Post a Comment