PROSIDING ini yang diadakan pada 27-28 Julai 2007 / 12-13 Rejab 1428H, Seminar ini merupakan seminar penyelidikan kali ke-4 bagi fakulti Pengajian Islam. Buku ini memuatkan makalah yang membincangkan segenap aspek dalam pengajian Islam di Malaysia. Ada beberapa tajuk yang menarik dan boleh diketengahkan sebagai tajuk kajian atau penyelidikan susulan. Dalam prosiding ini terdapat kajian bebentuk kepustakaan dan kajian lapangan. Ia sesuai untuk rujukan dan juga bacaan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang pengajian Islam. Antara tajuk makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut: m/s:693
1. Masalah Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia
2. Persepsi Masyarakat Asli Non-Muslim terhadap Masyarakat Asli Muslim: Kajian di Kg. Mikang, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
3. Pendekatan Sheikh Daud al-Fatani dalam Persoalan Membuktikan Kewujudan Allah (s.w.t.)
4. Pendekatan Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kepada Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang
5. Metode Kompromi: Keutamaan yang Dipinggirkan
6. Kajian Motivasi di Kalangan Jurutera Awam Melayu Muslim (JAMM) Profesional Terhadap Bahasa Arab dan Kesannya dalam Pembangunan Modal Insan
7. Sikap Pesakit Terhadap Solat: Kajian Kes di Hospital Kuala Terengganu
8. Pengaruh Dawlah ‘Uthmaniyyah ke atas Masyarakat Melayu Menerusi Penulisan Ulama Melayu
9. Ketokohan al-Imam Ibn ‘Ashur dalam Bidang Tafsir
10. Program Dakwah Remaja: Kajian di Masjid Jamek, Kajang, Selangor
11. Usuluddin dalam Karya al-Ghazali dan al-Razi
12. Manhaj Usuli Ibn al-Subki dalam Kitab al-Ibhaj fi Sharh al-Minhaj
13. Ejen British di Terengganu: Teori dan Pelaksanaan
14. Hubungan Islam dan Negara di Indonesia: PerspektifPK Sejahtera (1998-2007)
15. Haji Abdullah Abbas Nasution: Tokoh Ulama Tafsir Progresif
16. Retorik Partikel Waw dalam al-Qur’an dan Pengaruhnya terhadap Penterjemahan Makna al-Qur’an ke Bahasa Melayu
17. Kajian Pembangunan Tanah Wakaf di Pulau Pinang
18. Beberapa Penemuan Baru tentang Ketokohan Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili
19. Persepsi Remaja Melayu Islam rerhadap Filem Hiburan Luar di Rangkaian-rangkaian Televisyen Malaysia dan Hubungannya dengan Pembangunan Sahsiah
20. Komuniti Maya Islam: Satu Kajian terhadap Komuniti Islah-net
21. Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Agama (SRA): Kajian Teroka terhadap Sukatan dan Keberkesanannya di Daerah Sepang, Selangor
22. Isu-isu Bahasa dan Kesusasteraan Arab dalam Penyelidikan di Peringkat Sarjana Pengajian Islam (1988-2004): Satu Analisis Abstrak
23. Sektor Perdagangan pada Zaman Jahiliyyah
24. Kesan al-‘Addad dalam Tafsir al-Qur’an
25. Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Agama
26. Pengaruh Agama Islam dalam MSS1292 Kitab Tib
27. Sheikh Muhammad Salim Muhaisin: Satu Biografi
28. Aplikasi Pendekatan Dakwah al-Irshad al-Nafsi Menurut al-Ghazali di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS)
29. Islamic Da’wah in Mindanao: The Case of the Moro Islamic Liberation Front
30. Perlindungan Selepas Akad terhadap Pembeli dalam Undang-undang Kontrak Islam
31. Hubungan Perdagangan Antara Melaka dan Pedagang Arab
32. Pendekatan Dakwah Wanita pada Zaman Nabi Muhammad (s.a.w.) kepada Suami
33. Kitab al-Hikam dalam Pengajian Tasawwuf di Malaysia: Tinjauan Ringkas terhadap Karya Melayu Berasaskan al-Hikam al-‘Ata’iyyah
34. Discourse on Future in Contemporary Thought: An Overview
35. Kemerosotan Sektor Perdagangan Mamluk: Satu Analisis Sejarah
36. Peranan dan Sumbangan Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, Kota Bharu, Kelantan
37. Tarjuman al-Mustafid dan Dominasi al-Jalalayn
38. Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia: Satu Kajian Rintis
39. Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
40. Kes-kes Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah Selangor (1999-2004)
41. Jurnal Islamiyyat (1977-2005): Wadah Penyelidikan Ilmu-ilmu Islam Sepanjang 35 Tahun Penubuhan Fakulti Pengajian Islam, UKM
42. Konsep Jama‘at al-Muslimin: Kajian terhadap Aspek Iltizam dan Ta‘addud
43. Konsep ‘Perspektif Islam’: Satu Analisis Disiplin Kesusasteraan
44. Dakwah Menerusi Medium Kaset dan Video Caker Padat (VCD)
45. Unsur Budaya dalam Terjemahan Arab-Melayu
46. Peranan dan Sumbangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Pembangunan Umat Islam Global
47. Miftah al-Wird: Terjemahan dan Tahkik
No comments:
Post a Comment