Wednesday

Mohd Hamdan Adnan & Zulkarimen Nasution (1992) Komunikasi Pembangunan Pengenalan dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka./162

Komunikasi Pembangunan: Pengenalan dan Penerapan memaparkan kepentingan komunikasi sebagai mangkin pembangunan sesebuah negara. Sebagai salah satu komponen penggerak pembangunan komunikasi perlu dieksploit sepenuhnya dan diubah mengikut peredaran zaman untuk memajukan negara. Sehubungan itu, banyak idea baru tentang komunikasi pembangunan dibincangkan dalam buku ini. Negara kurang maju boleh mengambil iktibar daripada pengalaman negara maju di dunia yang telah lama mengeksploit komunikasi khususnya media massa untuk memesatkan pembangunan negara.

KATA PENGANTAR
SINGKATAN

1-      Latar Belakang Komunikasi Pembangunan
2-      Pembangunan: Paradigma lama dan sekarang
3-      Apakah pembangunan itu sebenarnya?
4-      Komunikasi dan Pembangunan
5-      Konsep dan Teori Komunikasi Pembangunan
6-      Komunikasi Pembangunan dan Penerapannya
7-      Perancangan Komunikasi Pembangunan
8-      Masa Depan Komunikasi Pembangunan

LAMPIRAN
SENARAI ISTILAH
INDEKS

M.Tariq Quraishi, Ahmad Shah Mohd. Noor (1988) Ismail Al-Faruqi: Warisan Zaman Yang Abadi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur/161

PEMBUNUHAN kejam ke atas Profesor Ismail al-Faruqi dan isterinya, Profesor Lois Lamya’ al-Faruqi di Philadelphia pada bulan Mei 1986 telah mengakibatkan kekosongan dalam dunia pengajian Islam dan hubungan antara manusia. Al-Faruqi suami isteri telah disanjung sebagai perintis pengajian Islam di benua Amerika. Mereka telah meletakkan asas metedologi pembelajaran Islam bukan sahaja bagi pengajian Islam sebagai agama bahkan juga bagi disiplin-disiplin lain. Dengan berbuat demikian, mereka telah memenuhi salah satu keperluan intelektual yang amat mendesak di kalangan dunia Islam  dalam usaha membentuk pandangan dunia dan pemikiran Islam pada zaman moden ini. Nilai sumbangan mereka kepada dunia bukan Islam terletak pada keupayaan mereka membuat masyarakat bukan Islam memahami dan menghormati Islam dan sumbangannya kepada tamadun manusia. Profesor Ismail al-Faruqi mempunyai hubungan yang rapat dengan Muslim Students’ Association (MSA) of the U.S.A and Canada ( Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Amerika Syarikat dan Kanada). Beliau telah membimbing dan memberi arah baru kepada MSA Penulis buku ini, saudara Tariq Quraishi, adalah sahabat keluarga Al-Faruqi dan juga telah banyak membantu MSA. Dalam buku kecil ini, saudara Tariq Quraishi memberikan gambaran yang benar tentang berbagai-bagai aspek personality Al-Faruqi suami isteri serta pemikiran dan idea mereka.


Kandungan

PENGANTAR
PRAKATA

  • Pendahuluan
  • Al-Faruqi- Suami Isteri
  • MSA sebagai Guru
  • Tuan Rumah yang baik budi
  • Estetika sebagai suatu cara hidup
  • Gaya Tersendiri
  • Tokoh Wanita Baru
  • Kelemahan Masyarakat Islam
  • Al-Faruqi- Jaguh Islam
  • Dialog Al-Faruqi dengan Biskop Cragg dan Paderi Fitzgerald
  • Penelitian Semula Tauhid
  • Negara Islam dan Susunan Dunia
  • Baitul Maqdis Boleh Bebas Untuk Semua
  • Malam al-Faruqi Suami Isteri Dibunuh.

Saturday

Mohd Yusuf Hj Othman et.al (1997) Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur/160

BUKU  ini merupakan jilid 6 daripda lapan jilid dalam siri ini. Buku ini diharap dapat menambahkan lagi khazanah ilmu yang berhubung dengan sejarah dan falsafah sains. Moga-moga pemikiran yang diluahkan dapat memberikan manfaat bersama. Tajuk yang dibincangkan dalam jilid ini ialah: m.s:99


  1. Sejarah dan Falsafah Sains: Kerelevanan dalam Pendidikan Sains dan Perspektif Kerjaya Abad ke-21
  2. Sains Tulen: Suatu Pendekatan Untuk Mengatasi Dualisme Dalam Pendidikan Sains
  3. Matematik dalam Tradisi Islam
  4. Pensekularan Matematik

Wednesday

Wan Hamzah Awang (1985) Detik Sejarah Rundingan Baling. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd./159

PERTEMUAN Tunku- Chin Peng di Baling itu memang sudah tercatat dalam tinta sejarah negara kita tapi jarang orang mengetahui detik-detik atau dialog-dialog yang berlaku dalam pertemuan ini. Buku ini mempunyai banyak maklumat yang baru dan menarik. Penulis berjaya menghubung pihak-pihak tertentu yang secara langsung terlibat dalam perjumpaan di Baling. m/s:187

BAB
Pendahuluan kata
  1. Sejarah Pembentukan Parti Komunis
  2. Zaman Darurat ( Jun 1948-Julai 1960)
  3. Dari Zaman Darurat Hingga Tercapainya Kemerdekaan
  4. Surat Chin Peng
  5. Chin Peng Lari Ke Sempadan Thailand
  6. Surat Rundingan
  7. John Davis dan Chin Peng
  8. Cerita John Davis Kepada Tan Sri Dato Mubin Sheppard
  9. Memoir i: Persiapan Menjelang Pertemuan Tunku- Chin Peng
  10. Memoir ii: Dialog Tunku Di Meja Rundingan
  11. Memoir iii : Chin Peng Tolak Tawaran Ampun Beramai-ramai
  12. Memoir iv: David Marshall Tumbuk Meja
  13. Memoir v: Chin Peng beritahu “Hendak Masuk Parti Buruh”
  14. Memoir vi: Kata Dua Tunku
  15. Pengistiharan Pengampunan
  16. Peranan Tunku Dalam Rundingan Baling
  17. Ucapan-ucapan Sir Henry Gurney Semasa Darurat
  18. Berakhirnya Darurat
  19. Kegagalan PKM
  20. Rashid Madin Masih di Hutan
  21. Komunis Gagal Pengaruhi Melayu
  22. Musa Ahmad Tinggalkan Komunis
  23. Temuramah Dengan Musa Ahmad
  24. Di Mana Chin Peng?
  25. Ancaman Masih Ada Tiga Strategi Parti Komunis
  26. Temuramah Dengan YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Maimunah Osman (2002) Pengurus Dalam Pelbagai Peranan. Institut Tadbir Awam Negara (INTAN): Kuala Lumpur./158

BUKU ini sesuai dibaca oleh semua peringkat dalam organisasi, khususnya pengurus peringkat pertengahan. Adalah diharapkan ia berupaya memberi gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi yang perlu dimainkan oleh seorang pengurus kontemporari, selaras dengan persekitaran yang dinamik, berubah-ubah dengan cabaran dan saingan yang kian sengit. m/s:101

KANDUNGAN

Prakata

BAB 1             : Pengurusan
BAB 2             : Pengurus
BAB 3             : Pengurus Sebagai Pemimpin
BAB 4             : Pengurus Sebagai Coach
BAB 5             : Pengurus Sebagai Mentor
BAB 6             : Pengurus Sebagai Fasilitator
BAB 7             : Pengurus Sebagai Kaunselor
BAB 8             : Penutup

Rujukan

Tuesday

Noordin Hassan (2008) Saya… dari Hujung Kota. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur/157

Noordin Hassan, Sasterawan Negara yang ketujuh, merupakan anak Tanjung yang berketurunan Melayu Aceh dan India-Parsi. Selepas tamat persekolahan di Penang Free School, Noordin mengikuti kursus perguruan di Kirkby , Liverpool, kemudian mengambil kursus Pengajaran Bahasa dan Sastera di Universiti London, dan kursus Drama dalam Pendidikan di Universiti Newcastle, England. Beliau mula menulis dan mengarah drama sejak tahun 1953 hingga kini.

Saya… dari Hujung Kota, sebuah memoir yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dramatic. Noordin cuba mengemukakan pelbagai sisi data hidupnya dalam bentuk cerita dalam cerita, dan kisah dalam kisah. Buku ini perlu diteliti oleh para pengkaji dan peminat sastera yang ingin memahami konsep dan falsafah kesusasteraan dan bagaimana drama diberikan justifikasi untuk diterima sebagai satu genre daripadanya. m/s:367

Pengenalan

PERTAMA                             Sirih Bertepuk Pinang Menari                        
KEDUA                                  Peran
KETIGA                                 Cindai
KEEMPAT                             Anak Tanjung
KELIMA                                Jangan Bunuh Rama-Rama
KEENAM                               1400
KETUJUH                              Pintu
KELAPAN                             Tiang Seri Tegak  Berlima
KESEMBILAN                      Bukan Lalang ditiup Angin
KESEPULUH                         Malam ini Penyu Menangis
LAMPIRAN                           Puisi dan Lirik yang digunakan dalam drama-drama yang telah dipentaskan.
HASIL KARYA:

S. Hashim Ahmad. Hussein Onn, Pejuang Maruah Bangsa. Penerbit: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia/156

Buku Hussein Onn, Pejuang Maruah Bangsa adalah buku berbentuk biografi Perdana Menteri Malaysia. Antara kandungan dalam buku ini: m/s:168

  1. Kata kata Hikmah Tun Hussein Onn
  2. Hussien Terima Jawatan Penuh Syahdu
  3. Tuan Datang Bergolek
  4. Sumbangan Yang Berkesan
  5. Sayangkan Keluarga
  6. Kepimpinan Cemerlang
  7. Krisis Beras
  8. Hussein Pantang Digertak
  9. Pesawat MAS dikhianati
  10. Pantang Malaysia Diperlekeh
  11. Mengeratkan Hubungan Serantau
  12. Cekap Atasi Cabaran
  13. Kemelut Politik PAS
  14. Hussien Cuba Diculik
  15. Menghargai Generasi Baru
  16. Pemimpin Jujur
  17. Menyempurnakan Dasar Perkapalan Negara
Ringkasan

Monday

Jurnal Pengurusan Pendidikan (1995) Disember, Jilid 05, Bil 01. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia/155

JURNAL Pengurusan Pendidikan diterbitkan oleh Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jilid ini mengandungi 7 artikel yang membincangkan berkaitan dengan  pengurusan pendidikan.

  1. Amalan dan Cabaran  Pengurusan Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan Kritikal
  2. Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan
  3. Pemikiran Kepimpinan Korporat Dalam Pentadbiran Pendidikan
  4. Pemikiran Awal Tentang Aplikasi Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dalam Pengurusan Sekolah
  5. Proses Penulisan Kes
  6. Formative Years In Japan’s School System: Towards The Foundation  Of Nation- Building.
  7. Memasyarakatkan Pendidikan Jarak Jauh

Saturday

Wacana Dialog Peradaban(2001),Jilid 2, Penerbit Persatuan Dialog Peradaban Malaysia/154

Buku ini mengandungi beberapa artikel ilmiah yang menarik. Antara artikel yang dimuatkan dalam buku ini : m/s:65

Kandungan

  1. Pascamodenisme dan Cabarannya Kepada Peradaban Islam
  2. Sayyid Ahmad Khan (1817- 1899): Nasionalis India atau Nasionalis India Muslim?
  3. Teori Santai Dalam Pembentukan Tamadun
  4. Civilization on the Perspective of Ibn Khaldun.
  5. Krisis Alam Sekitar Dari Perspektif Barat dan Islam
  6. Ulasan Buku : “Islam and Civilization Dialogue: The Quest for a Truly Universal Civilization”

Thursday

Ridzuan Mohd Sagir & Zainal Abidin Hasan (editor),2006. Panduan Penulisan Kes. Kuala Lumpur: Persatuan Penulis-Penulis Kes Malaysia./153

KAEDAH proses pengajaran dan pembelajaran kini sudah jauh berkembang dan ia bukan sahaja terhad kepada guru memberi ilmu kepada pelajar dalam bentuk komunikasi sehala. Pelajar kini dilatih mencari ilmu dengan lebih aktif. Salah satu kaedah yang telah dikenalpasti sangat berkesan ialah dengan penggunaan kes. Disinilah pelajar boleh dilatih berbincang, bertukar pendapat, mempertahankan pandangan dan menghormati pandangan yang berbeza, bertoleransi, bersabar, menunjukkan ciri kepimpinan dan semangat kerja berpasukan. Buku ini mendedahkan dengan cara penulisannya yang berbeza daripada penulisan teks ilmiah biasa. Buku ini telah disusun mengikut proses penulisan kes dari peringkat awal seperti mengenalpasti bidang apa yang hendak ditulis dan juga beberapa skop yang perlu diketahui berkaitan dengan kajian kes. Buku ini dibeli ketika menghadiri Bengkel Penulisan Kajian Kes Tempatan di INTAN. Berdasarkan isi kandungan buku ini memberi pendedahan tentang apa itu kajian kes dan beberapa jenis penyelidikan kajian kes. m/s 126

KANDUNGAN
Pendahuluan
Senarai penulis

BAB 1             : Penggunaan Kes di Malaysia
BAB 2             : Kaedah Kes dan Jenis Kes
BAB 3             : Penyelidikan Kes
BAB 4             : Proses Penulisan Kes
BAB 5             : Pembaikan Kes dan Penyuntingan
BAB 6             : Penyediaan Panduan Pengajaran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...