Monday

Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(2000) Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd./152

BUKU ini menerangkan dengan jelas dan mudah prinsip dan teknik komunikasi interpersonal untuk kegunaan guru-guru di  dalam bilik darjah. Ia membolehkan guru-guru menguasai teknik-teknik mendengar dengan baik, bercakap dengan lebih tegas, berucap dengan lebih menarik, mengamalkan empati, mengkritik dengan lebih berkesan, memuji dengan ikhlas, memahami bahasa bukan lisan dan mengesan dusta. m/s:210


BAB 1 : Komunikasi
BAB 2:  Kemahiran Mendengar
BAB 3:  Kemahiran Bertanya
BAB 4:  Berucap
BAB 5:  Maklum Balas
BAB 6:  Unsur Bahasa
BAB 7: Mengubah Sikap dan Tingkah Laku
BAB 8 : Penampilan
BAB 9 : Komunikasi Bukan Lisan

Bacaan Tambahan.

Saturday

Abdul Rahman Kaeh [selenggara] (1985), Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka/151

CERITA Panji yang berasal dari Jawa ialah suatu hasil sastera Melayu lama yang cukup kaya. Cerita ini terdapat di Tanah Melayu, Bali, Sulawesi, Lombok, Kalimantan dan Sumatera, malah sampai ke Siam dan Kemboja. Kita hanya sempat mengenal beberapa buah saja cerita Panji ini kerana sebilangan yang lain masih berselerak di berbagai khazanah tertentu di dalam dan luar negara. Salah sebuah teks cerita Panji berjudul Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma. Hikayat ini merupakan naskhah Cerita Panji yang terpanjang dan terdapat lebih 15 episod terpenting. Hikayat ini diwarnai oleh unsur- unsur percintaan. Secara ringkasnya ia mengisahkan tentang dua orang watak utama dalam hikayat ini. Oleh kerana ayahanda mereka tidak membayar kaul yang dibuat maka terjadilah halangan demi halangan antara kedua tokoh utama hingga menyebabkan mereka berpisah. Dengan perpisahan ini timbullah babak-babak pengembaraan, penyamaran, peperangan, pewayangan dan akhirnya pertemuan kembali antara kedua tokoh utama lalu melangsungkan perkahwinan dan membayar kaul di Segara Kidul. m/s:478

BAB 1             : Asal Usul Raja-Raja Kuripan, Daha, Singasari, Gagelang
BAB II            : Pertunangan Putera Kuripan dengan Puteri Daha
BAB III          : Peminangan Ratu Balambangan ke anak Ratu Daha
BAB IV          : Kehilangan Galuh Cenera Kirana dan Permulaan Pengembaraan
BAB V            : Pengembaraan Raden Inu mencari Raden Galug
BAB VI          : Adik Beradik Raden Galuh keluar mencari kakaknya yang hilang
BAB VII         : Persiapan Ratu Lasem mengahwinkan anaknya dengan Ratu Temasik
BAB VIII       : Penyamaran Raden Galuh kpd. Ken Segerbaningrat dan perkahwinannya dengan Sira Panji
BAB IX          : Ken Segernaningrat meninggalkan Sira Panji kerana Fitnah.
BAB X            : Sira Panji masuk ke Gagelang

Thursday

Seminar Islam dan Cabaran Pemikiran Semasa (2005).Memperkasakan Tradisi Islam. Anjuran Persatuan Ulama Malaysia./150

MUTAKHIR ini, umat Islam sama ada di Malaysia dan juga near-negara lain terdedah dengan pelbagai aliran pemikiran. Aliran pemikiran tersebut sebahagian ada yang bersifat positif dan ada juga yang bersifat negatif. Seminar ini membincangkan dan bermuzakarah pelbagai isu yang berbangkit di dalam masyarakat bagi mempertahankan tradisi pemikiran Islam. Antara wadah terbaik ialah  menggalakkan persefahaman dari segi pandangan dan tindakan  dalam menghadapi isu –isu berkenaan serta mengenal pasti cara terbaik menangani krisis pemikiran umat Islam. Seminar ini yang bertemakan “memperkasakan tradisi Islam” diadakan pada 16 Julai 2005 /1426H bertempat di Golden Straits Villas Resort, Port Dickson, N. Sembilan. Berikut adalah kerta kerja yang dibentangkan di seminar ini.

KERTAS KERJA 1    :  Aliran Pemikiran Islam Kontemporari
KERTAS KERJA 2    :  Aliran Pemikiran Islam Liberal
KERTAS KERJA 3    :  Islam dan Isu Gender Mutakhir : Persamaan Hak Antara Lelaki dan Perempuan
KERTAS KERJA 4    :  Islam: Antara Penjenamaan, Pengeliruan dan Bid’ah
KERTAS KERJA 5    :  Kaedah dalam Menyelesaikan Kecelaruan Pemikiran Ummah : Rujukan Di Malaysia
KERTAS KERJA SISIPAN : Penyebaran Fahaman Anti Hadith Melalui Internet Di Malaysia.

Wednesday

Judy Gan (1995) Pendidikan Pencegahan Dadah & AIDS. Kuala Lumpur: DELMU (Malaysia) Sdn Bhd./149

PENDIDIKAN pencegahan merupakan strategi jangka panjang dan berkesan sekali dalam usaha-usaha memerangi ancaman dadah dan AIDS di dunia ini. Buku “ Pendidikan Pencegahan Dadah & Aids” merupakan bahan rujukan yang komprehensif mengenai masalah dadah dan pendidikan pencegahan dadah dan AIDS. Buku ini mengandungi tiga bahagian utama seperti berikut:
Bahagaian 1: Program Pendidian Pencegahan Dadah dan AIDS di Sekolah
Bahagian  II: 88 Kemusykilan Mengenai Dadah dan AIDS
Bahagian III : Kuiz Pencegahan Dadah

Buku ini  amat berfaedah sebagai panduan kepada setiap individu yang terlibat dengan program pendidikan pencegahan dadah dan AIDS, terutamanya guru dan pelajar sekolah, ibubapa, majikan dan pekerja-pekerja sektor kerajaan dan swasta, dan juga setiap individu di negara ini. m/s:272


Kandungan
Prakata
Kata Pengantar

BAHAGIAN 1 : Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan AIDS di Sekolah

BAB 1 : Pendahuluan
BAB 2:  Program Kecergasan – Jauhilah Dadah
BAB 3 : Kolokium Membina Ketahanan Diri
BAB 4: Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
BAB 5: Peraduan Melukis Poster Anti Dadah
BAB 6: Kuiz Pencegahan Dadah
BAB 7: Program Cuma Lima Minit
BAB 8 : Pendidikan Pencegahan AIDS

BABAGIAN II : 88 Kemusykilan Mengenai Dadah dan AIDS

BAHAGIAN III :  Kuiz Pencegahan Dadah
BAB 10 : Sejarah Masalah Dadah di Malaysia
BAB 11: Dasar Dan Strategi Anti Dadah Negara
BAB 12:  Strategi Pencegahan Dadah
BAB 13: Strategi Rawatan dan Pemulihan Dadah
BAB 14 : Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah
BAB 15: Kerjasama Antarabangsa
BAB 16 : Jenis-Jenis Dadah dan Kesan-Kesan Penggunaanya
BAB 17: Penagihan Dadah dan Akibat- Akibatnya
BAB 18: AIDS dan Pencegahannya
BAB 19 : Cogankata Anti Dadah
BAB 20 : Am
Jawapan

Tuesday

Mustafa Haji Musa et.al (1991)Pengenalan Sistem Pertahanan Badan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka./146

BUKU ini memberi kefahaman tentang sistem pertahanan badan, khususnya perihal bagaimana sistem in mampu menentang infeksi dan berbagai-bagai unsur yang boleh memudaratkan keseimbangan kesihatan individu. Jenis-jenis mekanisme pertahanan yang wujud dalam badan manusia serta faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti pemakanan, psikologi dan genetik turut dibincangkan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya para penuntut yang baru menceburi bidang perubatan dan sains hayat. m/s:146

Prakata
  1. Pengenalan
  2. Pertahanan Tidak Spesifik Perumah
  3. Homeostasis
  4. Mekanisme Pertahanan Psikologikal Perumah
  5. Pengenalan Sistem Imun
  6. Pengenalan kepada Imunoglobulin
  7. Pertahanan Spesifik Perumah: Gerak Balas Imun
  8. Kesan Infeksi Terhadap Pemakanan dan Sistem Pertahanan
  9. Kesan Pemakanan Terhadap Keimunan
  10. Asas Genetik Untuk Pertahanan Perumah

Rujukan
Indeks

Jurnal Penyelidikan Pendidikan.Jil 7, (2005), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia/142

JURNAL penyelidikan pendidikan diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah artikel yang dimuatkan pada keluaran kali ini. m/s:170

  1. Persepsi Pensyarah Terhadap Penerapan Kemahiran Komunikasi Menerusi Kokurikulum di Politeknik
  2. Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  3. Kemiskinan dan Pendidikan : Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik
  4. Choice of Teaching Methods : Teacher – centered or Student – centered
  5. Perceptions of Accounting Academicians Towards the Issue of Information Technology Integration Into the Accounting Curriculum
  6. Coping Stress and Sports Performance Among School Athletes in Kuala Langat District, Selangor
  7. Evaluating the KPLI Physical Education Programme
  8. Status dan Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia

Hailani Muji Tahir (1988) Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka./143

INSTITUSI kewangan Islam telah wujud sejak bermulanya kerajaan Islam di Madinah. Institusi yang dikenali sebagai Bayt al-Mal ini berkembang bersama sama perkembangan tamadun Islam. Sumbangannya yang amat besar dalam pembangunan ekonomi umat Islam jelas sekali, kerana salah satu ciri kegemilangan  tamadun Islam ialah keunikan sistem ekonomi Islam khususnya institusi kewangannya. Buku ini membincangkan Institusi Kewangan Islam agar dapat memberi sumbangan pengetahuan kepada pembaca umum. m/s: 84

Pengantar
Pendahuluan

BAB 1 :  SEJARAH INSTITUSI KEWANGAN (BAYT AL-MAL)
BAB 2 :  SUMBER HARTA
-          Harta Khas
-          Zakat Fitrah-Zakat Harta
-          Kadar Zakat, Nisab dan Haul
-          Harta Am
-          Harta Fai’ dan Ghanimah-Harta Ma’adin- Harta Rikaz
-          Harta Percukaian
-          Cukai Tanah- Cukai Perlindungan-Cukai Diri
-          Cukai Perdagangan – Kaedah Percukaian
-          Harta Kebajikan
-          Harta Wakf- Harta Warisan dan Wasiat-
-          Sadaqah Tatawwu’- Harta Nazar dan Kaffarat

BAB 3 : KONSEP PENGGUNAAN DAN AGIHAN

-          Prinsip-prinsip Kegiatan
-          Agihan dan Hak Penerima
-          Keutamaan Menggunakan Harta

BAB 4 : PENGURUSAN
-          Kaedah Koleksi Harta
-          Organisasi dan Pengurusan
-          Peraturan-Peraturan Am
-          Tanggungan Harta

BAB 5: FUNGSI INSTITUSI KEWANGANS DAN KEDUDUKAN BANK PUSAT

-          Fungsi Institusi Kewangan
-          Kepentingan Dasar Belanjawan
-          Agen Pembangunan
-          Badan Amanah
-          Agensi Perdangangan
-          Badan Penasihat dan Pengawas
-          Kedudukan Bank Pusat

Bibliografi


John West-Burnham & Fergus O’Sullivan, Hamadidah Baba (terj.) 1999. Kepimpinan dan Perkembangan Profesional di Sekolah- Bagaimana untuk Mempromosi Teknik-Teknik Bagi Pembelajaran Profesional yang Efektif. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad/145

BUKU ini ditulis berdasarkan hasil kajian yang mendalam oleh sarjana-sarjana luar negara. Hasil daripada kajian-kajian berkenaan, beberapa garis panduan yang khusus tentang pengurusan sekolah yang lebih berkesan telah dikemukakan. Buku ini amat sesuai dan wajar dijadikan bahan rujukan bagi melahirkan pentadbir dan pengurus sekolah yang cekap dan cemerlang. Sistem pendidikan negara memerlukan individu yang cemerlang dan berwibawa dan pada masa yang sama juga elemen ketrampilan dalam ilmu pengurusan dan kepimpinan diperlukan untuk membolehkannya menangani permasalahahan sekolah secara berkesan. Selian itu, buku ini juga penting terutamanya kepada individu yang berpotensi dan berminat menjadi pengurus sekolah. m/s:228


ISI KANDUNGAN

Prakata
Pendahuluan

Bahagian Pertama
KETEGANGAN DAN CABARAN DALAM PEMBELAJARAN PROFESIONAL
  1. Perkembangan Profesional- Tinjauan Umum Isu-Isu
  2. Organisasi Pembelajaran- Perancangan Semula Sekolah untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat.
  3. Perkembangan Profesional

Bahagian Kedua
PENDEKATAN KEPADA PEMBELAJARAN PROFESIONAL
  1. Teknik Pembelajaran Profesional yang berkesan
  2. Mengenal pasti dan Diagnosis Keperluan
  3. Memimpin dan Mengurus Perkembangan Berasaskan Sekolah
  4. Pemantauan dan Penilaian Pembelajaran Profesional
  5. Pelaksanaan CPD yang berjaya – Kajian Kes
-          Kajian Kes 1- Projek Sekolah Kecil Lincolnshire
-          Kajian Kes 2(a). Perkembangan Pengurusan Pertengahan Berasaskan Sekolah melalui NVQs.
-          Kajian Kes 2(b) Pusat Perkembangan Profesional Berasaskan Sekolah
-          Kajian Kes 3. Belajar Bersama: INSET dalam Rangkaian (Holland)
-          Kajian Kes 4. Mengurus Penilaian Prestasi Guru
-          Kajian Kes 5. Induksi ( Guru Sains di Israel)

Bahagian Ketiga
MEWUJUDKAN KOMUNITI BELAJAR
  1. Membina Pemimpin Pembelajaran bagi Organisasi Pembelajaran
Rujukan

Monday

Jit Singh(1994) AIDS: Apa Anda Perlu Tahu.Kuala Lumpur: DELMU(Malaysia) Sdn Bhd./144

BUKU ini amat berfaedah sebagai panduan dan rujukan terutamanya semua guru, pegawai perubatan, jururawat, pelajar dan setiap masyarakat yang cintakan gaya hidup yang sihat dan cergas. Segala maklumat dan penerangan yang diperlukan terdapat di dalam buku ini seperti apa itu AIDS? Bagaimanakah ia merebak? dan sebagainya. Buku ini juga dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran, pengetahuan dan penglibatan orang ramai dalam usaha memerangi wabak ini. m/s:146


KANDUNGAN

BAB 1


APA ITU AIDS?
Spektrum Jangkitan HIV
Gejala dan Tanda-Tanda Jangkitan HIV
Virus yang Bertanggungjawab
Tansmisi Infeksi HIV
Keadaan di Mana HIV Tidak Berjangkit
Tingkahlaku Yang Berisiko
Rumusan

BAB 2


SISTEM  IMUN SEMULAJADI KITA
Apa Yang Terjadi Apabila Antigen Memasuki Badan?
Rumusan

BAB 3


SEJARAH AIDS
Penyebaran HIV/AIDS
Rumusan

BAB 4


EPIDEMIK AIDS
Keadaan Di Seluruh Dunia
Keadaan HIV/AIDS Di Malaysia
Trend Tahunan AIDS/HIV
Sifat-Sifat Kes AIDS Dan Pembawa HIV
Trend Di Kalangan Pengguna Dadah Secara Suntikan
Trend Di Kalangan Pelacur
Trend Di Kalangan Penderma Darah
Program Kawalan AIDS Di Malaysia
Rumusan

BAB 5


KESAN HIV/AIDS KE ATAS MASYARAKAT
Kesan Ke Atas Ekonomi
Kesan Ke Atas Keluarga
Kesan Ke Atas Masyarakat
Rumusan

BAB 6


PENGURUSAN HIV/AIDS

Pengubatan HIV/AIDS
Vaksin Bagi Jangkitan HIV
Rumusan

BAB 7


PENCEGAHAN HIV/AIDS
Mencegah Jangkitan Yang Berlaku Secara Seksual
Mencegah Jangkitan Yang Berlaku Menerusi Picagari dan Jarum Suntikan
Mencegah Jangkitan Yang Berlaku Daripada Ibu Kepada Anaknya
Mencegah Jangkitan Yang Berlaku Menerusi Bahan Darah
Pengurusan Mayat
Rumusan

BAB 8


PERANAN MASYARAKAT
Rumusan

BAB 9


HIDUP DENGAN HIV/AIDS
Rumusan

GLOSARI
PERKHIDMATAN KAUNSELING

Wednesday

Jurnal ILIM Bil 2, 2009. Penerbit: Institut Latihan Islam Malaysia.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,/141

JURNAL keluaran kali ini  menampilkan pelbagai isu yang berkaitan dengan pusat pengajian ILIM. Namun begitu persembahan kali ini lebih menonjolkan kolaborasi artikel yang menyentuh isu-isu yang baru timbul dalam masyarakat hari ini dan juga isu-isu yang telah sedia ada tetapi dibincangkan dari perspektif yang berbeza. Antara perkara yang di bincangkan adalah mengenai dakwah, kaunseling, ekonomi, perundangan, faraid, fatwa dan bahasa. m/s:231

ISI KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH JAKIM
PRAKATA PENGARAH ILIM

  1. Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
  2. Bimbingan Agama dan Methodologi Dakwah di Institusi Pemulihan :  Kajian Kes di Penjara Wanita Kajang Selangor
  3. Gagasan Migrasi Dakwah di Kalangan Pendatang Filipina Muslim di Kota Kinabalu Sabah
  4. Dakwah Personal dan Kaunseling : Beberapa Aspek Persamaan
  5. Tahap Kemurungan dan Konflik Isteri Yang Didera
  6. Krisis Ekonomi : Bagaimana Menangani Impak ke Atas Pengurusan Kewangan Peribadi dan Keluarga
  7. Kedudukan Produk Hibah Dalam Pasaran di Malaysia : Satu Sorotan Berasaskan Fiqh Muamalat dan Maqasid Syariah
  8. Methodologi Sulh Dalam Aspek Kekeluargaan Islam
  9. Kedudukan Pewarisan Janin Menurut Undang-undang Pusaka Islam
  10. Etika dan Adab Dalam Mengeluarkan Fatwa
  11. قربنديعن سيستم توليسن جاوي يغ دسمقرناكن دعن توليسن جاوي زعبا
  12. علاقة اللغة بالفكر والحضارة الاسلامية في ضوء علم اللغة الحديث

Tuesday

Prosiding Seminar Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial Peringkat Zon Tengah (2010), Anjuran Politeknik Ungku Omar./140

SEMINAR Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial Peringkat Zon Tengah 2010 telah dilaksanakan pada 20 – 21 Oktober 2010. Seminar Kejuruteraan Teknologi dan Sains Sosial 2010 yang bertemakan „Penyelidikan Pencetus Kreativiti dan Inovasi‟ bertujuan untuk menyediakan satu landasan kepada para pendidik politeknik bagi memperluaskan lagi ilmu melalui perbincangan dan perkongsian hasil penyelidikan. Budaya penyelidikan, pembentangan dan penulisan akan membawa impak yang positif dari pelbagai aspek dan pastinya ia dapat membantu ke arah pemantapan kualiti pendidikan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Penerbitan Prosiding Seminar Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial ini telah berjaya mendokumentasikan 35 hasil penyelidikan yang dibentangkan pada seminar tersebut. Adalah diharapkan agar sesi perkongsian ilmu yang digarap di dalam penerbitan ini dapat disebar luaskan di kalangan pendidik sama ada di dalam mahupun di luar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu, dengan adanya perkongsian dan penyebaran ilmu dalam bidang penyelidikan, ianya akan dapat memperkasakan tahap pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan politeknik yang berkualiti dan berketrampilan. Penerbitan ini juga merupakan salah satu sumbangan intelektual Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi kepada masyarakat pendidik di Malaysia. m/s:424
 
SENARAI KANDUNGAN
UCAPTAMA PENGARAH PUO
UCAPTAMA PENGARAH PSA


SENARAI KERTAS PEMBENTANGAN

1. Rekabentuk Tiga Jalur Frekuensi Antena Tompokan Jalur Mikro Bagi Aplikasi Sistem Komunikasi Wimax
2. Hubungan .Successful Intelligence. Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Kejuruteraan Elektrik Politeknik Premier Ungku Omar
3. Reliability design based optimization (rbdo) of a shock absorber remover
4. Kajian Keselesaan Terma Di Bengkel Kimpal Politeknik Ungku Omar
5. Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Terhadap Pelaksanaan Program Transformasi Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Dalam Sistem Pengajian Politeknik Di Malaysia
6. Workplace Communication Needs And Use Of Business Employers
7. Kajian Awal Kesesuaian Pasir Sungai Perak Sebagai Pasir Fondri.
8. Faktor Penentu Pencapaian Pelajar Politeknik Di Dalam Kursus Perakaunan Awalan
9. Rekabentuk Dan Pembangunan Modul Pengawal PIC/PLC
10. CFD Modelling of Droplet Dynamic on Porous Surface
11. Quasi Static Energy Absorption Of Pultruded Composite Tubes E-Glass/Polyester Under Oblique Loading
12. Kesan Lawatan Industri Program Pemasaran
13. Evaluating The Efectiveness Of System Approach Concept In Enhancing Teaching Method
14. Towards Adaptability In Manufactured Home: An Architectural Programming Of Plug & Play Prefabricated Components
15. Horizontal Connection For Precast Concrete Wall Panels
16. Hubungan Kepuasan Kerja Dan Prestasi Kerja Dengan Kepuasan Perkahwinan Dalam Kalangan Pasangan Melayu Bekerja
17. Laman Web Sebagai Tarikan Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam 2 (A2001) Politeknik Malaysia
18. Thermal comfort assessment of a closed air conditioned laboratory at Ungku Omar polytechnic, Malaysia
19. Kajian Keberkesanan Modul Keusahawanan Di Kalangan Lulusan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Kpt) (Kandungan Modul Keusahawanan Dan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
20. An Exploration of Malaysian Polytechnic English Language Lecturers. Acceptance of ICT in Teaching
21. Simulasi Kesan Parameter Pemesinan Ke Atas Melarik Inconel 718 Menggunakan Perisian Deform 3d
22. Perlaksanaan Kursus Projek Berasaskan Pendekatan Obe Di Politeknik
23. Kompetensi Pelajar Dalam Penggunaan Multimeter Analog Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah

24. Pemutus bekalan kuasa komputer secara wayarles
25. Kajian Penusukan Dalaman, Kelebaran Dan Mikrostruktur Kumai Kimpalan Pada Bahan Keluli Lembut Astm A36 Dengan Menggunakan Kimpalan Arka Gas Tungsten
26. Masalah Kurang Tumpuan dengan Hiperaktif (ADHD): Satu Kajian Kes di Malaysia
27. Tahap Kefahaman Konsep Aqidah Dalam Kalangan Pelajar Islam Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar (Puo)
28. Pembangunan Ergonomik Di Bengkel Automotif Politeknik Ungku Omar
29. Kajian Keupayaan Menvisualisasikan Ruang Dan Keupayaan Pemodelan Pepejal Dalam Lukisan Berbantukan Komputer
30. Handling Occupational Purpose English : An analysis of the needs of polytechnic lecturers
31. Prediction of stresses in a shaft owing to corrosion pit by using ANSYS WORKBENCH analysis
32. Study on the use of WebQuest to motivate students to learn English
33. Kajian Kepentingan Kemahiran Employability Dari Perspektif Industri
34. Analisis Sifat-Sifat Haus Keluli Lembut Bersalut Nikel Kromium
35. Tahap Kebimbangan Komunikasi Dikalangan Pelajar-Pelajar Semester Akhir Jabatan Perdagangan

Rumusan Seminar
Jawatankuasa Pengelola Seminar
SenaraiPanel Penilai

Monday

Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik (2008), Anjuran Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik negeri Johor./139

SEMINAR Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik diadakan pada 11-12 Oktober 2008, anjuran Persatuan Pendidikan  Sains dan Matematik negeri Johor dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pelajaran Johor. Matlamat seminar ini agar berupaya  memperkayakan ilmu dan kemahiran berkaitan pendidikan sains dan matematik. Tema utama seminar ini ialah “Pendidikan Sains dan Matematik Melangkah Kehadapan” dan beberapa subtema antaranya pendekatan pengajaran inovatif dalam mata pelajaran tertentu sains dan matematik, penggunaan teknologi dalam pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah dalam pendidikan sains dan matematik, pendekatan inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pendekatan penyelesaian masalah, proses pemikiran pelajar dalam pembelajaran sains dan matematik, isu dan masalah perlaksanaan kurikulum sains dan matematikdalam konteks negeri tertentu, pernyataan yang cuba menjawab permasalahan pendidikan sains dan matematik masa kini, penggunaan komputer dan teknologi dalam pendidikan sains dan matematik, latihan pengurusan dalam pendidikan sains dan matematik dan latihan perguruan dalam pendidikan sains dan matematik.

Kertas Kerja

1. Hubungkait Kemahiran Penggunaan Komputer Dengan Perisian Multimedia Ke Atas Pembelajaran Matematik Kanak-Kanak Prasekolah
2. Conceptions Of Scientific Evidence In Investigative Tasks Among Trainees In A Teacher Training College In Kuching
3. Keberkesanan SCL Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Electromagnetic Fields Theory
4. On The Development Of The Enriched Version Of The Traditional Introductory Physics Laboratory Work (IPLW)
5. Factors Related To Student Mathematics Achievement : A Case Study Among Diploma Intake At University Malaysia Perlis
6. Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia Dan Tradisional Ke Atas Pencapaian Matematik Dan Sikap Matematik Pelajar Berisiko
7. Pembangunan Ruang Kuiz Untuk Majallah Web Matematik
8. Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Merentas Program Pengajian
9. Corak Gaya Kognitif Dan Tahap Penguasaan Konsep Daya Newtonian Di Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Rendah: Satu Kajian Rintis
10. Teaching First Order Differential Equations To Engineering Students: An Application Approach
11. A Study On Factors Involved In University Students Learning Of Calculus
12. Open Source Mathematical Software For The Study Of Mathematics And Calculus
13. Tahap Kerangka Alternatif Di Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Lima Dalam Tajuk Daya Apung
14. Andaian Linguistik Dalam Proses Kefahaman Istilah Fizik
15. Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Matematik Di Peringkat Sekolah Menengah
16. Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah
17. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah
18. Pencapaian Biologi Dan Bahasa Inggeris Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia : Kesan Ke Atas Keputusan Biologi (Fqah0113 Dan Fqah0114) Di Pasum
19. Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi
20. Pemahaman Pelajar Lepasan Matrikulasi Dalam Topik Pembezaan
21. Amalan Reflektif Pendidik Matematik: Satu Kajian Kes
22. Kesaan Kaedah Pengajaran Berbantukan Geometer’s Sketchpad Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Topik Transformasi
23. Perkembangan Profesionalisme Dalam Kalangan Guru Sains Melalui Program Perkembangan Staff
24. Hubungan Antara Amalan Kerja Amali Dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Daya
25. An Analysis Of Primary School Mathematics Textbooks Used In Malaysian Classroom: Word Problems In Addition And Subtraction
26. Dari Perspektif Teori Beban Kognitif: Adakah Pbl Berkesan?
27. Promoting Innovative Use Of Geometer’s Sketchpad (Gsp) Through Lesson Study Collaboration: A Case Study
28. Tahap Penguasaan Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali (Peka) Sains Penilaian Menengah Rendah
29. Penggunaan Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar
30. Hubungan Antara Harga Diri Dan Pencapaian Sains Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
31. Masalah Pembelajaran Matematik Tahun Lima Dalam Bahasa Inggeris
32. Penglibatan Ibu Bapa Dalam Membantu Membuat Kerja Rumah (Matematik) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Satu Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah Muar
33. Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara Operasi Di Kalangan Bakal Guru Kimia
34. Sistem Algebra Komputer, Kefahaman Algebra Dan Pendidikan Matematik: Satu Analisis Konsepsi
35. Tahap Kemahiran Metakognitif Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik
36. Penilaian Perisian Multimedia Bertajuk Pythagoras Theorem Form Two Dari Aspek Reka Bentuk Dan Pencapaian Pelajar
37. Cognitive Gap To Understanding The Concept Of Functions
38. Penguasaan Kemahiran Memerhati Dan Kemahiran Meramal Dalam Mata Pelajaran Sains Pelajar Tahun Lima Daerah Johor Bahru
39. Number sense among children:Children’s strategies in solving addition and subtraction word problems
40. The level of problem solving ability and its relationship with metacognitive skills among form four physics students in secondary schools in Johor
41. Kesan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia
42. Teknik memotivasikan pelajar dewasa pengajian separuh masa dalam pengajaran sains dan matematik
43. Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru merentas jantina
44. Menjadikan P & P di bilik darjah lebih efektif dan konkrit: Cabaran penggunaan video, audio, grafik dan animasi dalam P & P
45. Tahap kefahaman mengukur serta menggunakan nombor dan membina hipotesis dalam kalangan pelajar fizik merentasi jantina
46. Tahap Kemahiran berfikir kritis pelajaran sains tingkatan empat di daerah kulai merentasi etnik
47. Pengajaran dan pembelajaran matematik dari sudut bahasa
48. Interaksi Verbal Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
49. Kepimpinan pengajaran sains: Satu Tinjauan
50. Penerapan refleksi melalui pendekatan pedagogi terhadap pengetahuan (PCK) isi kandungan dalam pengajaran sains
51. Proses penyiasatan di kalangan pelajar Malaysia dan England: Satu Kajian Perbandingan
52. Penilaian kendiri melalui amalan reflektif dalam pengajaran matematik
53. Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Terhadap Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru
54. Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah
55. Perlaksanaan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris: Pandangan Guru Pelatih Sains/Kimia
56. Faktor-Faktor Dalam Proses Pembelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Ahmad Ibrahim dll. (1995) al-Ahkam: Undang-Undang Malaysia Kini, Jil 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka./137

MENGANDUNGI lapan rencana yang ditulis oleh para pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa. Fokus perbincangan mereka ialah pelbagai aspek undang-undang Malaysia kini. Merangkumi isu yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan sivil  Dengan pendekatan dan cara penulisan yang mudah difahami, buku ini wajar dibaca oleh setiap orang kerana buku ini bukan sahaja memberi maklumat yang berguna, malah merupakan jambatan yang dapat menghubungkan orang ramai kepada bidang yang dianggap sukar difahami, undang-undang. Berikut adalah rencana yang dimuatkan dalam buku ini. m/s:137

1-      Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil
2-      Undang-undang Tanah Adat Melayu
3-     Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia
4-      Pemakaian Undang-Undang Islam Kini dan Masa Depannya di Malaysia
5-      Isu Locus Standi di Malaysia
6-      Islam dan Keadilan
7-      Hak Wanita dalam Islam
8-      Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67- Akta 32 Undang-Undang Malaysia.

Sunday

Jurnal Pengurusan Pendidikan, Disember 1997. Jilid 07, Bil.01. Penerbit: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia./137

MEMBACA artikel atau kertas kerja lama juga penting terutamanya untuk mengetahui perkembangan pada ketika itu. Begitu juga, kertas kerja yang dihasilkan berkaitan dengan isu-isu dan perkembangan semasa pada masa itu. Terdapat beberapa rajah dan jadual terutamanya berkaitan dengan dasar dan sistem pendidikan negara dimuatkan dalam jurnal ini. Berikut adalah kertas kerja dalam keluaran ini. m/s:87

  1. The Utilisation of Educational Research Findings In Malaysia: A Preliminary Analysis Of Doctoral Research Studies Completed In Universities In The United States on Educational and Development In Malaysia.
  2. Di mana Susahnya Matematik?
  3. Shifting Priorities Of World Bank Lending To Education With A Focus On Thailand (1970-1990)
  4. Pengurusan Strategik: Satu Pengenalan Kepada Peranan dan Amalan Konsepnya Dalam Pengurusan Sekolah
  5. The Case For Creativity-Centered Management In Education
  6. Dilema Ekonomi Pendidikan Menjelang Abad ke 21
  7. Peranan Baru Penyelaras Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pengurusan Program Sumber Pendidikan Sekolah

Friday

Prosiding Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia 1945-57 (2010)Anjuran Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Utara./ 136

SEMINAR Kebangsaan bertema "Tahun 1945-57 dalam Sejarah Malaysia: Isu dan Perdebatan" ini diadakan pada 25-26 Oktober 2010 di Dewan Kuliah A, USM, Pulau Pinang. Ia dianjurkan oleh Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM untuk memberi ruang bagi penelitian, penilaian dan perbincangan yang mendalam tentang perkembangan sejarah dan keperipentingan tempoh 1945-57 dalam sejarah Malaysia. Ia sesuai dengan keperluan dan tuntutan seluruh masyarakat sarjana, pemikir, ahli politik, pelajar, peminat sejarah dan masyarakat awam - untuk memahami hakikat sejarah dalam tempoh singkat dua belas tahun itu yang menyaksikan pelbagai perkembangan, perubahan dan pergolakan yang mewarnai dan mencorakkan zaman berikutnya. Isu-isu yang akan disentuh dalam tema besar seminar ini ialah tentang apa sahaja sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan agama yang berkisar kepada perkembangan yang berlaku antara 1945-57 mencakupi soal-soal perkembangan gerakan politik, nasionalisme, kolonialisme, pemerintahan kolonial, perlembagaan, perundangan, peranan akhbar, parti-parti politik, masalah perkauman, komunisme, darurat, kerjasama kaum, kemerdekaan, ketokohan, perkembangan bahasa, pendidikan, keadaan ekonomi dan agama.

Isi Kandungan

1. Tahun 1945-57 Dalam Sejarah Malaysia: Isu-isu Nasionalis Kiri / Kanan; Sejarah dari Atas / Bawah; Sejarah yang Patut / Tidak Patut
2. Pembentukan One State, One Nation, Percaturan Kuasa dan Politik Melayu 1945-57: Faktor Domestik dan Sistemik
3. Sokong untuk merdeka:Sikap PKMM terhadap Malayan Union
4. Nasionalisme Melayu 1945-57: British, U.M.N.O dan gerakan 'kiri' Melayu
5. Petualang dan pensubahat British: satu penelitian terhadap pemikiran intelektual Melayu antipenyerahan di Sarawak, 1946-1950
6. Antara komunalisme dan nasionalisme: perjuangan Malaysian Indian Congress, 1946-1957
7. Sejarah Borneo Utara pada tahun 1945-57: Isu-isu terseret dalam sejarah Malaysia
8. Pilihanraya UMUM Pra kemerdekaan 1955: Impaknya terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu
9. Keperibadian Tunku Abdul Rahman dan dasar luar Tanah Melayu, 1957
10. Peranan Tun Abdul Razak dalam Suruhanjaya Reid
11. Muzium, memorial dan perjuangan kemerdekaan, 1945-57
12. Pendudukan Jepun dan kedudukan ekonomi komuniti Chettiar
13. Perusahaan perikanan di Borneo Utara di bawah pentadbiran Crown Colony, 1945-1963
14. People's Progressive Party 1953-1957
15. Orang India dan PKM di Tanah Melayu dengan Rujukan kepada kes Ganapathy dan Simbasivam
16. Gerila wanita dalam perjuangan Parti Komunis Malaya, 1946-1957
17. Communities Liaison Committee (CLC): Ke arah menyelesaikan isu-isu perkauman di Tanah Melayu
18. Isu-Isu berkaitan kebajikan sosial
19. Tabung Pekerja India Selatan, 1945-1957

Jurnal BTP Siri 5, Dis 2003. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia./134

JURNAL BTP diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Artikel yang dimuatkan dalam jurnal ini berkaitan dunia pendidikan masa kini. Berikut adalah senarai artikel pada keluaran ini. m/s:64

  1. Application Of The Smart School Conceptual Model In Preschool Education
  2. Benchmarking Of The Smart School Integrated Solution
  3. Pembestarian Sekolah Dalam Era Globalisasi : Satu Pemikiran Baru Dalam Sistem Pendidikan Malaysia
  4. Trends And Perspektive Of the Utilization Of ICT in The Classroom In Malayia, Indonesia, Thailand And Philippines
  5. Studying In A Smart School: What Do The Students Think?
  6. Cost Efficiency In Education

Wednesday

Najib al-Kailani (1992) alihbahasa oleh M.Husaini. Tuntatan Kesihatan Dalam Perilaku Rasullullah Penerbit: Pustaka Islamiyah./134

BUKU ”Tuntutan Kesihatan Dalam Perilaku Rasullullah” memuat 9 bab yang membincangkan tuntutan kesihatan yang pernah dipraktikkan dalam hidup Rasullullah S.A.W serta diajarkannya kepada para sahabat agar ia tersebar pula kepada masyarakat umum.  Buku ini merupakan terjemahan dari buku “ Fi Rihabit Thibbin Nabaw”, karya Dr Najib al-Kailani yang menghuraikan tentang tuntutan kesihatan menurut sunnah Rasullullah. m/s:96


Kandungan

Pendahuluan

BAB 1 : Konsep Kesihatan dan Pengubatan Menurut Tuntutan Rasullullah S.A.W
BAB 2 : Prinsip-Prinsip Penjagaan Kesihatan Menurut Tuntutan Rasullullah S.A.W
BAB 3: Tuntutan Rasullullah S.A.W Di Bidang Psycho- Therapy
BAB 4:  Makanan Yang Sihat Menurut Tuntutan Rasullullah S.A.W
BAB 5:  Esesnsi Olahraga Dalam Sistem Pengubatan Rasullullah S.A.W
BAB 6: Tuntutan Rasullullah S.A.W Tentang Pengubatan Dengan Sesuatu Yang Dilarang
  1. Alkohol Dan Minuman Keras Dalam Pengubatan
  2. Penggunaan Ubat Bius (Narkotik) Untuk Pengubatan
  3. Tindakan Amoral Dalam Pengubatan
  4. Sihir dan Khurafat Untuk Pengubatan
BAB 7 : Tidur yang Sihat Menurut Tuntutan Rasullullah S.A.W
BAB 8 : Tuntutan Rasullullah Tentang Etika Professi Doktor.
BAB 9: Isyarat-Isyarat Rasullullah S.A.W  Tentang Penyakit Keturunan

Penutup
Saran dan Nasihat
Referensi.

Jurnal Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (1983) Jilid 11, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia./133

JURNAL Perkhidmatan Sebaran Pendidikan diterbitkan oleh Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Jurnal ini membincangkan  penggunaan media pendidikan di sekolah.

Kandungan

Meja Pengarang

1-      Menggunakan Model
2-      Teknologi Pendidikan Sebagai Input Untuk Melahirkan Pendidikan Bermutu
3-      Televisyen Pendidikan Pengalaman Malaysia Dari Sudut Penggunaan dan Penilaian
4-      Tiga Tahun Projek Pusat Sumber Pelajaran Daerah Pulau Pinang
5-      Radio dan TV Pendidikan Sebagai Sumber Pendidikan Yang Berkesan
6-      Sistem Hubungan Raya
7-      Asas-Asas Teknik Lukisan Kartun Untuk Kegunaan Di Bilik Darjah
8-      Pemilihan dan Penggunaan Bahan-Bahan Pendidikan Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah
9-      Skrip Untuk Penerbitan Audio
10-  Program Pusat Sumber Pelajaran Daerah
11-  Bahan-Bahan Kos Rendah Membina Kotak Simpanan Pita Slaid
12-  Kit Pelajaran Untuk KBSR.

Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) Keluaran 71 Jilid XXXII Julai. Terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia./132

JURNAL Kementerian Pendidikan Malaysia adalah terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Jurnal ini menyentuh beberapa buah artikel tentang pengurusan sekolah. Arikel “Pengurusan Berasaskan Objektif” telah menegaskan bahawa guru-guru di sekolah juga boleh menjalankan berbagai-bagai fungsi pengurusan. Sementara itu, artikel berjudul “Isu dan Cabaran Dalam Kepimpinan” telah menyentuh beberapa isu tentang kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain daripada artikel-artikel tersebut, terbiatan ini juga memuatkan beberapa artikel mengenai penyeliaan dan teknik menyoal yang menarik dab berfaedah kepada pentadbir-pentadbir dan guru-guru. Berikut adalah senarai artikel yang dimuatkan dalam jurnal ini.m/s:70

Kandungan

Lidah Pengarang

1-      Sinopsis, Analisa dan Sintesis Artikel Kaji selidik Ke Atas Teknik-Teknik Penyoalan
2-      Mengenalpasti Komponen Yang Lemah Di Dalam Sistem Kurikulum dan Pengajaran: Satu Model Cadangan
3-      Pengumuman Berasaskan Objektif: Satu Pandangan
4-      Ke Arah Penyesuaian Peranan Guru Dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah dan Menengah
5-      Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah- Isu dan Strategi
6-      Pengurusan Bilik Darjah : Satu Aspek Pengajaran Yang Perlu Diberi Perhatian
7-      Pandangan Ibu Bapa Terhadap Peranan Mereka Di Dalam Pendidikan Kanak-Kanak
8-   Isu dan Cabaran Dalam Kepimpinan Profesional Pendidikan Di Peringkat Sekolah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...