Monday

Abu Syujaq Ahmad bin Husain al-Ashfahani (2001), Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib (Ringkasan Hukum Islam Menurut Mazhab Syafie) Drs Mahmud Zaini (terj.). Jakarta: Pustaka Amani./53

KITAB matan Ghayat wa Taqrib karya Syeikh Abu Syujaq Ahmad bin Husain al-Ashfahani ini adalah salah satu dari kitab yang membahaskan ilmu fiqh dalam mazhab al-Syafie. Kitab ini sesuai bagi pelajar yang baru  untuk mempelajari fiqh. Bahasanya mudah difahami. Buku ini diterjemahkan oleh Drs Mahmud Zaini. m/s: 147

Adapun kafarat melanggar sumpah itu adalah diperbolehkan memilih dari tiga perkata;
  1. Memerdekakan hamba yang mukmin
  2. Memberi makanan kepada 10 orang fakir miskin setiap seorang satu mud.
  3. Memberi pakaian dan jika tidak dapat dilakukannya, maka ia harus berpuasa tiga hari.
Muqaddimah


BAB 1: Bersuci
BAB 2: Solat
BAB 3: Zakat
BAB 4: Puasa
BAB 5: Haji
BAB 6: Jual Beli dan Muamalah
BAB 7: Waris dan Wasiat
BAB 8: Nikah , Hukumnya
BAB 9: Jinayah
BAB 10: Hudud
BAB 11: Jihad
BAB 12: Binatang Buruan dan Sembelihan
BAB 13: Perlumbaan dan Memanah
BAB 14: Sumpah dan Nazar
BAB 15: Keadilan dan Kesaksian
BAB 16: Pembebasan Hamba

Hasan Langgulung (1997), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka./52

DALAM dunia pendidikan, perpustakaan adalah salah satu institusi pendidikan yang diakui pentingnya dari dahulu hingga ke zaman sekarang. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada perpustakaan-perpustakaan terkenal pada zaman kegemilangan Islam.  Buku ini mengandungi  enam bab utama. Buku ini amat bermanfaat bagi penuntut pengajian tinggi dan penulis menghuraikan pendidikan Islam dengan penumpuan terhadap ilmu pengetahuan dalam beberapa aspek terutamanya konsep ilmu pengetahuan dan perkembangannya. Selain itu, penglibatan golongna-golongan tertentu yang telah memainkan peranan penting untuk memajukan ilmu pengetahuan dan institusi-institusi pendidikan dalam tamaduan Islam. m/s :79.

1-  Bayt al-Hikmah- Adalah dipercayai bayt al-Hikmah dibina oleh Harun al-Rasyid. Allah al-Syuibi adalah penyalin buku bagi al-Rasyid dan al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, manakala Abu Sahl al-Fadl bin Nawbakht adalah seorang penterjemah buku dibawah al-Rasyid di Bayt al-Hikmah.

2- Perpustakaan Haidari di Najaf.

3- Perpustakaan Ibnu Sawwar di Basrah- Abu Ali bin Sawwar adalah seorang ulama besar dan pencinta ilmu. Beliau membina dua buah perpustakaan, salah satunya ialah di Ram Hurmuz.

4- Khizanat Sabur ( Dar al-‘llm)- Kizanat Sabur adalah salah satu perpustakaan yang terbaik yang pernah ada di dunia Islam. Perpustakaan ini didirikan pada tahun 381H oleh Abu Nasr Sabur bin Ardasyir. Disitu terdapat seratus naskhah al-Quran yang ditulis oleh Banu Muqlah dan 10,400 jilid buku yang kebanyakannya ditulis tangan.

5- Perpustakaan al-Syarif al-Radi ( Dar al-‘IIm). Perpustakaan ini adalah pusat perkembangan intelektual yang dibina oleh al-Syarif al-Radi di Baghdad.

6- Perpustakaan Masjid Zaidi. Perpustakaan ini terdapat pada sebuah masjid dibina oleh Abu al-Hasan Ali Ahmad al-Zaidi. Ulama dan pencinta buku memperkayakan lagi perpustakaan ini dengan mewaqafkan buku-buku untuk perpustakaan tersebut, iaitu Abu al-Khattab al-Ulaimi (574H), Abu al-Khair Subaih al-Habasyi (584H) dan ahli sejarah yang terkenal Yaqut al-Hamawi (626H).

PENDAHULUAN


BAB 1: Tujuan Pendidikan Islam
BAB 2: Kandungan Pendidikan Islam
BAB 3: Orang Yang Terlibat Dalam Pendidikan Islam
BAB 4: Institusi-Institusi Pendidikan Islam
BAB 5: Kaedah Pendidikan Islam
BAB 6: Buku-Buku Pendidikan Islam Yang Dihasilkan


GLOSARI
BIBLIOGRAFI

Muhammad Nur al-Din Marbu Banjar al-Makki (1994), Maklumat Tahammuk Haul Asbab al-Ikhtilaf baina al-Fuqaha’. Qaherah: Majlis al-Banjari li al-tafaqquh fi al-Din./52

KITAB fiqh al-Islami terlalu banyak bilangannya, setiap mazhab- mazhab  mempunyai ribuan kitab yang dicetak. Dalam mazhab al-Shafie terdapat kitab (matan, syarah, hasyiah dan fatwa). Buku ini menjelaskan bagaimana buku-buku utama dalam mazhab Shafie dikembangkan melalui kitab utama yang empat iaitu al-Umm, al-Buwaithi, al-Imlak dan Mukhtasar al-Muzani.
Kemudian, Imam al-Haramain mengikhtisarkan keempat-empat kitab tersebut dengan nama Nihayat al-Matlab Fi Tahrir al-Mazhab dan kitab ini ditalkhiskan pula oleh Imam al-Ghazalli  kepada empat buah iaitu kitab al-basit, kitab al-wasit, kitab al-wajiz dan al-Khulasah. Di antara keempat-empat kitab tersebut, kitab al-Wajiz mendapat perhatian daripada ulama-ulama. Kitab al-Wajiz kemudian disyarahkan oleh Imam al-Rafie, pertama Syarah al-Soghir dan Syarah al-Kabir dan Kitab al-Wajiz itu juga diringkaskan lagi oleh Imam Rafie dengan nama al-Muharrar. Kitab Syarah Kabir Imam Rafie diringkaskan oleh Imam Nawawi dengan nama Raudhah al-Talibin. Dan kitab al-Muharrar di talkiskan juga oleh Imam Nawawi dengan nam Minhaj al-Talibin dan kitab ini mendapat perhatian utama dan  disyarahkan oleh berbagai ulama antaranya Kanzu al-Raghibin ( Imam Mahalli), Tuhfah al-Muhtaj (Ibnu Hajar), Mughni al-Muhtaj ( Khatib Syarbini)dan Nihayah al-Muhtaj ( Imam Ramli). Manakala kitab Minhaj Talibin juga ditalkiskan oleh Syeikh Zakaria al-Ansari dengan nama Manhaj al-Tullab dan kitab ini disyarah oleh beliau sendiri, Fath al-Wahhab. Berikut adalah nama -nama kitab fiqh dalam mazhab al-Shafi'e



Matan;

  1. al-Umm- Imam al-Syafie (w. 204H)
  2. al-Muhazzab- Abi Ishaq al-Shirazi (w. 476H)
  3. al-Tanbih- Abi Ishaq al-Shirazi (w.476H)
  4. al-Wajiz- Imam al-Ghazalli (w.505H)
  5. Ihya Ulum al-Din- Imam al-Ghazalli (w.505H)
  6. Minhaj al-Talibin- Imam al-Nawawi (w.676H)
  7. Raudhah al-Talibin- Imam al-Nawawi (w.676H)
  8. Matan al-Ghayah wa al-Taqrib- Abi Shujaq (w.593H)
  9. Umdah al-Salik  wa Iddah al-Nasik- Ibnu Naqib (w.769H)
  10. al-Irshad-Ibnu Muqri (w.837H)
  11. Raidhun al-Thalib- Ibnu Muqri (w.837H)
  12. Manhaj al-Tullab- Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H)
  13. Tahrir Tanqih al-Lubab- Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H
  14. Muqaddimah al-Hadaramiyyah- Abdullah
  15. Safinah al-Najah- Faqih Salim ibn Abdullah
  16. Qurrarul Aein  - al-Malibari.

Syarah

1-      Syarah al-Kabir- Imam al-Rafie (w.632H)
2-      Al-Majmuk Syarah al-Muhazzab- Imam al-Nawawi (w.676H)-takmilah oleh al-Muthie
3-      Al-Thamsiyyah- Ibnu al-Muqri (w-837H)
4-      Asna al-Mathalib- Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H)
5-      Syarah al-Bahjah- Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H)
6-      Syarah al-Tahrir- Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H)
7-      Fath al-Wahhab- Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H)
8-      Tuhfah al-Muhtaj- Ibnu Hajar al-Haithami (w.974H)
9-      Fath al-Jawwad- Ibnu Hajar al-Haithami (w.974H)
10-  Minjah al-Qawim- Ibnu Hajar al-Haithami (w.974H)
11-  Mughni al-Muhtaj – Khatib al-Syarbini (w.977H)
12-  al-Iqna-Khatib al-Syarbini (w.977H)
13-  Syarah ibnu Qasim al-Abadi al matan Abi Shujaq-(w.918H)
14-  Nihayah al-Muhtaj- Imam al-Ramli (w.1004H)
15-  Kifayah al-Akhyar- Allamah al-Hashani (w.829H)
16-  Syarah al-Mahalli ala al-Minhaj- Jalal al-Din al-Mahalli (w.862H)
17-  Fath al-Muin-Al-Malibari
18-  Faid al-Ilah al-Malik- Syeikh Umar Barakat
19-  Nihayah al-Zin- Nawawi al-Bentani (w.1314H)
20-  Kasyifah al-Saja- Nawawi al-Bentani (w.1314H)
21-  Zad al-Muhtaj –Kuhji.
22-  Anwar al-Masalik- Muhammad al-Zahri al-Ghumrawi.

Hawasyi

1-      Hasyiah Qalyubi Umairah ala Syarah al-Mahalli
2-      Hasyiah al-Bajuri ala syarah Ibnu Qasim (w.1277H)
3-      Hasyiah al-Bujairimi ala al-Iqna (w.1221H)
4-      Hasyiah al-Bujairimi ala Fath al-Wahhab (w.1221H)
5-      Ianah al-Talibin-Syed Bakri Shatha
6-      Hasyiah al-Sharqawi ala Syarah al-Tahrir (w. 1227H)
7-      Hasyiah al-Sharwani ala al-Tuhfah.
8-      Hasyiah Ibnu Qasim  ala-al-Tuhfah (w. 918H)
9-      Hasyiah ala al-Shiramilsi ala –al-Nihayah (w.1087H)
10-  Hasyiah Rasyidi ala –al-Nihayah
11-  Hawasyi al-Madinah- Sulaiman al-Kurdi (w.1194H)
12-  Muhibah Zawi al-Fadhl –Tarmisi (w.1338H)
13-  Hasyiah Sulaiman al-Jamal ala Fath al-Wahhab (w.1204H)
14-   Tarshih al-Mustafid- Saqqaf
15-  Al-Taushih- Nawawi al-Bentani (w.1314H)

Fatawa

1-      Fatawa Ibn al-Solah (w. 643H)
2-      Fatawa Imam al-Nawawi (w.676H)
3-      Fatawa Imam al-Subki (w. 756H)
4-      Fatawa Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansari (w.926H)
5-      Fawata al-Kubra- Ibnu Hajar al-Haitami (w.974H)
6-      Qurratul Aein Fatawa Imam al-Haramain
7-      Bughaiyyah al-Mustasyidin- Syed Abd Rahman Ba‘lawi
8-      Ishmad al-Ainain- Syeikh Ali Bajbirin
9-      Ithaf al-Khallan- Syeikh Abd Rahman al-Ahdal (w.1372H)
10-  Fatawa Ibn Ziyad- Syeikh Ali Bajbirin
11-  Al-Hawi li al-Fatawa- Jalal al-Din al-Sayuti (w.911H)
12-  Qurratul Aein-Fatawa Ismail al-Zin (w.1414H)

Qawaid al-Fiqhiyyah

1-      Qawaid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam- Izz al-Din ibn Abd al-Salam (w.660H)
2-      Al-Itina fi al-Farq wa al-Ishtisna’- Bakri (w.871H)
3-      Al-Ashbah wa al-Nazair- Jalal al-Din al-Sayuti (w.911H)
4-      Al-Faraid al-Bahiyyah – Abi Bakr al-Ahdal (w.1035H)
5-      Al-Mawahib al-Saniyyah- Jurhazi (w.1201H)
6-      Al-Fawaid al-Janiyyah- Al-Fadani (w.1410H)
7-      Idhah al-Qawaid al-Fiqhiyyah- al-Lahji (w.1409H)
8-      Idhah al-Qawaid al-Fiqhiyyah- Nurudin al-Banjari

Manasik wa Zayarah

1-      Akhbar Makkah- Azraqi (w. 223H)
2-      Syifa al-Gharam- Fasi al-Maliki (w.832H)
3-      Al-Qura li Qasid Ummu al-Qura- Thabari (w.694H)
4-      Al-Idhah- Imam al-Nawawi (w.676H)
5-      Hasyiah al-Idhah- Ibnu Hajar al-Haithami (w.974H)
6-      Umdah al-Abrar-Luna’I (w.1211H)
7-      Al-Jauhar al-Manzam –Ibnu Hajar al-Haithami (w.974H)
8-      Syifa al-Saqam- Al-Subki (w.756H)
9-      Al-Dakhair al-Muhammadiah- Syeikh Abdul Hamid Qudus (w.1335H)
10-  Faidh al-Qadir- Sulaiman al-Kurdi al-Madani (w.1194H)
11-  Raf‘ al-Astar- Nasyili.

 
Maklumat Tahammuk ini memang sangat berguna , berbagai maklumat boleh didapati dari buku ini. Antara isi kandungan buku ini. m/s:138


Bab Pertama:

• Sebab Ikhtilaf Para Sahabat dan Tabien
• Sebab-Sebab Ikhtilaf Mazhab-Mazhab
• Sumber fiqhiyyah
• Syariat Islam
• Keistimewaan Mazhab Empat


Bab Kedua

• Nama-Nama ( riwayat Hadis, Nama Fuqaha’ Tujuh, Nama Mazhab yang diikuti, Nama Qurra’ tujuh, Nama Mujaddid dan Tabaqat al-Mujtahidin


Bab Ketiga

• Nama kitab kitab fiqh yang dicetak ( fiqh syafie, fiqh hanafi, fiqh al-maliki dan fiqh hambali)
• Kitab-Kitab Fiqh Mazahib al-Arba‘ah
• Mustalahat fiqhiyyah
• Rumuz nama-nama pengarang mazhab al-Syafi‘e.
• Rumuz al-Hadisiyyah
• Sanad-Sanad kitab –kitab penting.

Sunday

Abd Rahman Zaki Ibrahim(1998), Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. Mujaini bin Tarimin (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka./51

SEMINAR Pertama Ekonomi Islam Antarabangsa yang berlangsung pada 21-26 Februari 1976 di kota Mekah. Resolusi itu menyatakan:

“ Seminar mengingatkan kepada semua negara Islam agar semua urusan negara dijalankan berdasarkan hukum syariah sehingga urusan itu menjadi undang-undang, sistem dan institusi perekonomian dan kemasyarakatan berasaskan konsep Islam, nilai dan syariatnya. Seminar berpendapat juga  bahawa insurans perdagangan yang beroperasi di syarikat pernigaan pada masa ini tidak menepati bentuk syariah yang bertujugan untuk memberi pertolongan dan perlindungan dan operasinnya tidak sejajar dengan syarat-syarat syariah yang boleh dihukum halal. Seminar mencadangkan ditubuhkan satu badan yang dianggotai oleh pakar syariah dan pakat ekonomi untuk membuat satu bentuk skim insurans yang  bebas daripada riba. Sebaliknya sistem insurans Islam yang mengamalkan sistem bantuan sebenarnya secara syariah menggantikan insurans perdagangan yang ada. (Resolusi bil.6)

Judul asal buku ini ialah Malim al-IqtisÉq al-IslÉmi, mengandungi tujuh bab. Buku ini amat sesuai dibaca semua peringkat terutama pada penganalisis ekonomi Islam, pengamal ekonomi Islam dan pelajar institusi pengajian tinggi. m/s: 274


PENDAHULUAN


Bab Pertama     : Ciri-Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam
Bab Kedua        : Matlamat Pengeluaran Dan Beberapa Persoalan   Halal Dan Haram
Bab Ketiga        : Kaedah-Kaedah Pengagihan Dalam Sistem Islam
Bab Keempat    : Konsep Pertukaran Dalam Islam
Bab Kelima       : Institusi Kewangan Islam
Bab Keenam     : Sistem Kewangan Negara Islam
Bab Ketujuh     : Kestabilan Masyarakat Menurut Konsep Islam


PENUTUP

Tuesday

Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid,(1992) Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Penerbit Universiti Malaya./50

DALAM mengenali selok –belok hukum Islam, pengetahuan tentang sejarah pertumbuhan dan pembinaannya amat penting. Buku ini tidak banyak memberi perhatian kepada tarikh sesuatu peristiwa itu berlaku. Apa yang diberi perhatian dalam buku ini ialah tentang sifat-sifat perkembangan itu sendiri dan bagaimana ia boleh mempengaruhi ketentuan-ketentuan dan bentuk-bentuk hukum yang diijtihadkan di bawah pengaruh perkembangan berkenaan. Namun bagi anda yang berminat dengan sejarah dan tokoh tokoh Islam yang terkemuka, rasanya elok anda selak buku tarikh tashriq al-Islami, karangan syeikh Khudari Bik. Namun, buku Sejarah Pembinaan Hukum Islam mengajak anda berfikir dan merenung sejarah silam Islam terutamanya tentang sifat-sifat perkembangan pada zaman berkenaan. m/s 241

Isi Kandungan :




Pengantar


1. Hukum Islam dan Penggunaannya Sebagai Suatu Istilah
2. Latar Belakang dan Bagaimana Hukum Islam Terasas dan berkembang
3. Al-Quran dan Al-Sunnah Sebagai Sumber Asasi Hukum Islam.
4. Ijtihad dan Peranannya dalam Pembinaan Hukum Islam
5. Perselisihan Pendapat dan Kesannya Terhadap Perkembangan Hukum
6. Kelahiran mazhab dan Kesannya Terhadap Perkembangan Hukum Islam.
7. Taqlid: Latar belakang dan kesannya Terhadap Perkembangan Hukum Islam
8. Kesedaran Baru: Latar Belakang, Pencapaian dan Kesannya Terhadap Perkembangan Hukum Islam.


Bibliografi
Indeks

Sunday

Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid & Paizah Hj Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Penerbit Al-Bayan Corporation Sdn Bhd./49

Mempelajari sesuatu disiplin ilmu dengan secara serius memerlukan asas yang kukuh. Tanpa asas objektif sebenar kepada pembelajaran berkenaan mungkin tidak akan tercapai, salah satu asas ialah pengantar kepada disiplin itu sendiri. Buku ini mengandungi berbagai konsep asas pengajian syariah yang boleh menjadi landasan  kepada huraian-huraian lanjut dan meluas. Antara yang menarik buku ini, ia juga menyentuh berkenaan disiplin pengajian maqasid al-syariah.
Al-Raisuni membahagikan Maqasid kepada tiga jenis, pertama, Objektif Umum (al-Maqasid al-Ammah), kedua Objektif Khusus (al-Maqasid al-Khassah) dan yang ketiga Objektif Cabang (al-maqasid al-Juziyyah). Objektif yang ketiga ini lebih kepada Fiqh al-Furu, objektif ini disebut dengan istilah-istilah yang berbeza-beza seperti hikmah, illat , mana dan lain-lain lagi. m/s 234
Kandungan buku ini adalah seperti berikut:


Pendahuluan
1. Pengenalan Kepada Syariah
2. Konsep Pengajian Syariah
3. Usul-Fiqh Sebagai Metodologi Pengajian Syariah
4. Pengajian Syariah di Zaman Awal Islam
5. Al-Quran Sebagai Asas Pengajian Syariah
6. Al-Sunnah Sebagai Asas Pengajian Syariah
7. Peranan Ijtihad Dalam Pengajian Syariah
8. Aliran-Aliran Dalam Pengajian Syariah
9. Taqlid dan Kesannya Terhadap Pengajian Syariah
10. Jajdid: Prinsip dan Pendekatannya Dalam Pengajian Syariah
11. Maqasid al-Syariah: Konsep dan Pendekatannya Dalam Pengajian Syariah
12. Fiqh al-Aulawiyat: Konsep dan Pemakaiannya Dalam Pengajian Syariah
13. Siasah Syar‘iyyah: Konsep dan Pemakaiannya Dalam Pengajian Syariah
14. Pengajian Syariah di Malaysia: Latar Belakang Sejarah.

Saturday

Mohd Redzuan Awang et.al (2004) Faraid, Hukum dan Pelaksanaannya: Koleksi Kertas Kerja Seminar: Selangor, Hikmah Enterprise/48

Al-hajb bermaksud tegahan atau halangan seseorang waris daripada mendapat harta pusaka keseluruhan atau sebahagian, kerana ada waris lain yang berhak ke atas harta pusaka itu. Alhab terbahagi kepada dua bahagian iaitu

   1-     Al-Hajb bi al-Wasf- halangan seperti pembunuhan perhambaan dan berlainan agama
   2-     Al-Hajb bi al-Shakshi- berlaku dengan wujudnya waris tertentu (yang lebih dekat) yang boleh mendinding waris lain sama ada secara hirman atau nuqsan. m/s 193





Hukum Faraid
Harta Pusaka: Konsep dan Prinsip
Pelaksanaan Faraid : Pembahagian Pusaka Kecil
Pembahagian Pusaka dan Perancangan Harta Orang Islam
Agensi Amanah Pemegang Harta Si mati
Khidmat Pengurusan Harta Warisan

Wednesday

Muhammad Firdaus Nurul Huda.( 2002) Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam: Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah dan Pelaksanaannya. Penerbit Thinkers Library/ 47

ABU Hamid al-Ghazali mengajukan teori maqasid al-syariah ini dengan menghadkan adanya pemeliharaan syariah terhadap lima unsur utama: Agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta benda. Kelima-lima unsur mesti dilindungi dan dipertahankan. Kemudian datang ulama usul yang kemudian juga mengikuti pandangan Imam al-Ghazali. Jika diteliti, asas maqasid al-syariah sudah diletakkan oleh Imam al-Haraimain al-Juwaini. Dalam persoalan illat pula, Illat adalah salah satu asas yang perlu dalam qiyas. Apabila hukum itu tidak berillat, analogi tidak boleh dilaksanakan. Biasanya hukum tersebut disebut hukum ta’abbudi. Mana-mana kajian tentang qiyas mesti diikuti dengan perbincangan tentang ta’lil. Abu Hamid Al-Ghazali, beliau mengembangkan metodologi penyelidikan ta’lil dengan sistematik, iaitu ketika beliau menjelaskan dengan terperinci tentang istilah tanqih al-manat, takhrij al-manat dan tahqiq al-manat pada abad ke lima. Dua abad kemudian, beliau diikuti oleh Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah.

Buku ini hadiah dari seorang kawan apabila saya sedang mencari buku tentang maqasid al-syariah, m/s 349.


 Muqaddimah


Bab 1 : Teori Perubahan Sosial dan Faktor Pemikiran Keagamaan
1.1 Takrif Perubahan Sosial : Pembatasan Pengertian
1.2 Antara Perubahan Sosial dan Perubahan Budaya
1.3 Teori Determinisme Dalam Perkembangan Masyarakat
1.4 Peranan Pemikiran Keagamaan Dlam Perkembangan Sosial
1.5 Faktor Utama: Pemikiran Keagamaan.


Bab 2: Metodologi Usul Fiqh dan Konsep Perubahan Hukum Syarak
2.1 Pendahuluan
2.2 Asas Al-Quran dan Al-Sunnah Tentang Konsep Azimah dan Rukhsah.
2.3 Penjelasan Mengenai Syariah
2.4 Qiyas dan Ta’lil
2.5 Maqasid al-Syariah (Objektif Syariah) Antara Wahyu dan Fakta Insani
2.6 Dinamika Maslahah dan Keadilan
2.7 Al-Urf Sebagai Pertimbangan Ijtihad
2.8 Kesan Perkembangan Masyarakat Terhadap Pemahaman


Bab 3: Perubahan Hukum Pada Masa Sahabat Hingga Imam Mujtahid
3.1 Sosio-Politik
3.2 Sosio-Ekonomi
3.3 Sosio-Budaya
3.4 Perubahan Nilai-Nilai Sosial


Bab 4 : Penilaian Terhadap Hukum Islam Semasa
4.1 Hukum Ibadah
4.2 Hukum Keluarga
4.3 Hukum Ekonomi


Penutup
Pelaksanaan Tashri’ Dari Sejarah Hingga Masa Kini
Perubahan Sosial Sebagai Faktor Penetapan Hukum
Keperluan Terhadap Pengembangan.

Sunday

Hamka Haq.(2007) Al-Syathibi: Aspek Teologis Konsep Mashlahah dalam Kitab al-Muwafaqat. Penerbit Erlangga: Jakarta/45

PADA mulanya, saya tidak bercadang membeli buku ini kerana buku berkaitan dengan maqasid al-syariah sudah banyak dimiliki. Keduanya, buku ini agak mahal. Namun apabila memikirkan setiap kali ingin membeli buku dari penerbit Indonesia selalu kehabisan stok. Beli. Walaupun agak mahal namun perbincangannya tidak mengecewakan. Al-Shatibi (w.1388M) dan Ibnu Khaldun (1332-1406M) adalah sahabat seperguruan. Mereka adalah murid Syarif al-Tilimsani yang mengajar filsafat dan pemikiran-pemikiran Ibnu Sina dan Ibnu Rushd di Granada, Sepanyol. Kalau Ibnu Khaldun terkenal dengan kitabnya Muqaddimah dan Imam al-Shatibi terkenal dengan karyanya al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Karangan beliau yang lain juga terkenal antaranya al-I’tisam yang membincangakan persoalan bid’ah dan Sunnah. Apabila meneliti dan membaca lembaran demi lembaran, buku ini sangat berguna dalam memahami pemikiran Imam al-syatibi. Memang tidak dinafikan, kupasan dan penerokaan pemikiran Imam al-Syatibi banyak dikaji oleh penyelidik moden, namun buku ini amat sesuai dibaca oleh para mahasiswa. m/s 285

Bab 1 : Pendahuluan
Bab 2 : Al-Shatibi dan Pemikiran Kalam
Bab 3: Mashlahah Dalam Pandangan al-Shatibi dan Mazhab Kalam
Bab 4: Hukum Alam dan Kaitannya Dengan Syariat
Bab 5: Tanggungjawab Manusia Dalam Mewujudkan Mashlahah
Bab 6: Pendekatan Teologis Dalam Memahami Maksud Syariat
Bab 7: Kesimpulan

Asafri Jaya Bakti(1996). Konsep Maqasid Syariah Menurut al-Syatibi. PT RajaGrafindo Persada: Jakarta/45

DUNIA Islam telah melahirkan ramai sarjana Islam, ahli falsafah dan pakar- pakar dalam pelbagai bidang. Sumbangan para sarjana Islam dianggap sebagai satu sumbangan yang bernilai dalam sejarah pemikiran manusia. Tokoh-tokoh dalam dunia Islam harus  dihargai dan sumbangannya sangat berharga untuk Islam. Ini termasuklah tokoh ilmuan Islam iaitu Imam al-Shatibi dari Kota Granada yang merupakan tokoh terkemuka dalam dunia  Islam. Perkembangan hukum dan perubahan sosial merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Dalam Islam, penetapan sebuah hukum yang dituntut oleh perubahan sosial yang dibawa oleh perkembangan zaman dalam istilah Usul al-Fiqh disebut ijtihad. Tetapi Ijtihad haruslah didasarkan kepada maqasid al-syariah.
Buku ini membahaskan maqasid al-syariah menurut al-Shatibi dan kandungan buku ini adalah, m/s 178:

Bab 1 : Pendahuluan
Bab 2 : Al-Shatibi Dan Perkembangan Ilmu Usul –Al-Fiqh
Bab 3: Maqasid Al-Syariah Dalam Pandangan Al-Syatibi
Bab 4: Urgensi Maqasid Al-Syariah Dengan Ijtihad Hukum Islam Dewasa Ini
Bab 5: Penutup

Mohd Kamal b. Hasan et.al (1981). Pendidikan Koleksi Dakwah: Kuala Lumpur, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia/44

PARA ahli pendidikan Islam semuanya sepakat bahawa: maksud pendidikan dan pengajaran bukanlah memenuhi otak anak dididik dengan segala macam ilmu yang belum mereka ketahui, tetapi maksudnya ialah mendidikan akhlak dan jiwa mereka. Menanamkan rasa fadhilah (virtues), membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka  untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya ikhlas dan jujur. Maka  tujuan pokok dan terutamanya dari pendidikan Islam ialah mendidik budi pekerti dan pendidikan jiwa. Semua mata pelajaran haruslah mengandungi pelajaran-pelajaran akhlak, setiap juru didik haruslah memikirkan akhlak keagamaan sebelum yang lain-lainnya kerana akhlak keagamaan adalah akhlak yang tertinggi, sedangkan akhlak yang mulia itu adalah tiang dari pendidikan Islam. ImÉm al-GhazÉlÊ berpendapat: tujuan dari pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bukan pangkat dan bermegah-megah dan janganlah hendaknya seorang pelajar itu belajar untuk mencari pangkat, harta, menipu orang-orang bodoh dan bermegah-megah dengan kawan.

Buku ini mengandungi empat artikel dari beberapa penulis, m/s 86.

1-     Konsep Pendidikan Islam
2-     Ledakan Kerohanian dalam Masyarakat Barat
3-     Konsep Pendidikan dan Ilmu dalam Islam
4-     Pendidikan Islam membenteras Krisis Nilai dan Keruntuhan Akhlak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...