Thursday

Asmah Haji Omar.(2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur /10

Pernahkah anda menghadiri seminar atau persidangan? Boleh dikatakan, setiap bulan ada seminar atau persidangan yang dianjurkan oleh pihak universiti atau NGO. Ketika menghadiri beberapa seminar dan persidangan kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak berkenaan, ada beberapa peserta yang datang dengan sekadar menjadi pendengar setia sehingga sesi pembentangan selesai. Yang menariknya, semasa sesi pembentangan hampir semua menjadi pendengar setia dan pendengar yang budiman dengan penuh khusyuk. Para peserta memberi fokus kepada sesi pembentangan. Itu satu petanda yang bagus. Dan apabila sesi QA dibuka, masih terdapat pendengar setia memerhati sesama sendiri. Andaian yang boleh difikirkan ialah peserta memahami buah fikiran yang dikemukakan dan faham isu yang dibentangkan atau juga andaian peserta tidak faham sepenuhnya dan malu bertanya. Malu bertanya atau tidak tahu mengemukakan soalan, kenapa? Dan apabila sesi selesai, ramailah pendengar setia tadi mengemukakan soalan yang bernas dan berkualiti diluar pintu bilik. Soalan sesama sendiri antara pendengar setia dan jawapannya juga dari pendengar setia . Kenapa jadi begitu? Sekiranya anda, pergi ke seminar atau persidangan, cuba perhatikan dengan sebaik mungkin. Adakah ini dikatakan budaya yang sudah sebati dalam diri sendiri? Pada masa yang sama, tidak dinafikan terkadang terdapat banyak soalan yang dikemukakan semasa sesi QA.

Sebagai panduan sebelum ke seminar atau persidangan, apa kata anda menelaah buku ini yang sangat berguna kepada peserta, pembentang dan pembahas. Buku ini memberi panduan dan tunjuk ajar yang boleh digunakan sebagai asas kepada para peserta dan juga pembentang.  Terdapat tujuh bab perbincangan dalam buku ini. m/s 114. Secara keseluruhannya, buku ini membicarakan isu isu bahasa yang berkaitan dengan wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Huraian tentang definisi, teknik perbincangan, jenis serta stragegi, perbincangan dan perundingan turut disertakan dengan contoh. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan umum dan boleh dijadikan panduan untuk menggunakan bahasa dalam perbincangan, perbahasan dan perundingan. Rasanya anda tidak lagi menjadi pendengar setia dalam sesi seminar atau persidangan selepas anda membaca buku ini.

1 comment:

  1. Salam.. Saya pelajar dari uitm, saya nk minta bantuan encik mengenai buku yg encik post ni.. Buku Asmah, wacana perbincangan, perbahasan, dan perundingan ni.. Boleh saya tahu, adakah encik mempunyai buku asal?? Mohon maklumbalas pihak encik dengan segera. Terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...