BUKU ini ditulis berdasarkan hasil kajian yang mendalam oleh sarjana-sarjana luar negara. Hasil daripada kajian-kajian berkenaan, beberapa garis panduan yang khusus tentang pengurusan sekolah yang lebih berkesan telah dikemukakan. Buku ini amat sesuai dan wajar dijadikan bahan rujukan bagi melahirkan pentadbir dan pengurus sekolah yang cekap dan cemerlang. Sistem pendidikan negara memerlukan individu yang cemerlang dan berwibawa dan pada masa yang sama juga elemen ketrampilan dalam ilmu pengurusan dan kepimpinan diperlukan untuk membolehkannya menangani permasalahahan sekolah secara berkesan. Selian itu, buku ini juga penting terutamanya kepada individu yang berpotensi dan berminat menjadi pengurus sekolah. m/s:228
ISI KANDUNGAN
Prakata
Pendahuluan
Bahagian Pertama
KETEGANGAN DAN CABARAN DALAM PEMBELAJARAN PROFESIONAL
- Perkembangan Profesional- Tinjauan Umum Isu-Isu
- Organisasi Pembelajaran- Perancangan Semula Sekolah untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat.
- Perkembangan Profesional
Bahagian Kedua
PENDEKATAN KEPADA PEMBELAJARAN PROFESIONAL
- Teknik Pembelajaran Profesional yang berkesan
- Mengenal pasti dan Diagnosis Keperluan
- Memimpin dan Mengurus Perkembangan Berasaskan Sekolah
- Pemantauan dan Penilaian Pembelajaran Profesional
- Pelaksanaan CPD yang berjaya – Kajian Kes
- Kajian Kes 1- Projek Sekolah Kecil Lincolnshire
- Kajian Kes 2(a). Perkembangan Pengurusan Pertengahan Berasaskan Sekolah melalui NVQs.
- Kajian Kes 2(b) Pusat Perkembangan Profesional Berasaskan Sekolah
- Kajian Kes 3. Belajar Bersama: INSET dalam Rangkaian (Holland)
- Kajian Kes 4. Mengurus Penilaian Prestasi Guru
- Kajian Kes 5. Induksi ( Guru Sains di Israel)
Bahagian Ketiga
MEWUJUDKAN KOMUNITI BELAJAR
- Membina Pemimpin Pembelajaran bagi Organisasi Pembelajaran
Rujukan
No comments:
Post a Comment