MENGANDUNGI lapan rencana yang ditulis oleh para pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa. Fokus perbincangan mereka ialah pelbagai aspek undang-undang Malaysia kini. Merangkumi isu yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan sivil Dengan pendekatan dan cara penulisan yang mudah difahami, buku ini wajar dibaca oleh setiap orang kerana buku ini bukan sahaja memberi maklumat yang berguna, malah merupakan jambatan yang dapat menghubungkan orang ramai kepada bidang yang dianggap sukar difahami, undang-undang. Berikut adalah rencana yang dimuatkan dalam buku ini. m/s:137
1- Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil
2- Undang-undang Tanah Adat Melayu
3- Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia
4- Pemakaian Undang-Undang Islam Kini dan Masa Depannya di Malaysia
5- Isu Locus Standi di Malaysia
6- Islam dan Keadilan
7- Hak Wanita dalam Islam
8- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67- Akta 32 Undang-Undang Malaysia.
No comments:
Post a Comment