Saturday

Abdul Rahman Kaeh [selenggara] (1985), Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka/151

CERITA Panji yang berasal dari Jawa ialah suatu hasil sastera Melayu lama yang cukup kaya. Cerita ini terdapat di Tanah Melayu, Bali, Sulawesi, Lombok, Kalimantan dan Sumatera, malah sampai ke Siam dan Kemboja. Kita hanya sempat mengenal beberapa buah saja cerita Panji ini kerana sebilangan yang lain masih berselerak di berbagai khazanah tertentu di dalam dan luar negara. Salah sebuah teks cerita Panji berjudul Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma. Hikayat ini merupakan naskhah Cerita Panji yang terpanjang dan terdapat lebih 15 episod terpenting. Hikayat ini diwarnai oleh unsur- unsur percintaan. Secara ringkasnya ia mengisahkan tentang dua orang watak utama dalam hikayat ini. Oleh kerana ayahanda mereka tidak membayar kaul yang dibuat maka terjadilah halangan demi halangan antara kedua tokoh utama hingga menyebabkan mereka berpisah. Dengan perpisahan ini timbullah babak-babak pengembaraan, penyamaran, peperangan, pewayangan dan akhirnya pertemuan kembali antara kedua tokoh utama lalu melangsungkan perkahwinan dan membayar kaul di Segara Kidul. m/s:478

BAB 1             : Asal Usul Raja-Raja Kuripan, Daha, Singasari, Gagelang
BAB II            : Pertunangan Putera Kuripan dengan Puteri Daha
BAB III          : Peminangan Ratu Balambangan ke anak Ratu Daha
BAB IV          : Kehilangan Galuh Cenera Kirana dan Permulaan Pengembaraan
BAB V            : Pengembaraan Raden Inu mencari Raden Galug
BAB VI          : Adik Beradik Raden Galuh keluar mencari kakaknya yang hilang
BAB VII         : Persiapan Ratu Lasem mengahwinkan anaknya dengan Ratu Temasik
BAB VIII       : Penyamaran Raden Galuh kpd. Ken Segerbaningrat dan perkahwinannya dengan Sira Panji
BAB IX          : Ken Segernaningrat meninggalkan Sira Panji kerana Fitnah.
BAB X            : Sira Panji masuk ke Gagelang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...