Wednesday

Muhammad Firdaus Nurul Huda.( 2002) Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam: Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah dan Pelaksanaannya. Penerbit Thinkers Library/ 47

ABU Hamid al-Ghazali mengajukan teori maqasid al-syariah ini dengan menghadkan adanya pemeliharaan syariah terhadap lima unsur utama: Agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta benda. Kelima-lima unsur mesti dilindungi dan dipertahankan. Kemudian datang ulama usul yang kemudian juga mengikuti pandangan Imam al-Ghazali. Jika diteliti, asas maqasid al-syariah sudah diletakkan oleh Imam al-Haraimain al-Juwaini. Dalam persoalan illat pula, Illat adalah salah satu asas yang perlu dalam qiyas. Apabila hukum itu tidak berillat, analogi tidak boleh dilaksanakan. Biasanya hukum tersebut disebut hukum ta’abbudi. Mana-mana kajian tentang qiyas mesti diikuti dengan perbincangan tentang ta’lil. Abu Hamid Al-Ghazali, beliau mengembangkan metodologi penyelidikan ta’lil dengan sistematik, iaitu ketika beliau menjelaskan dengan terperinci tentang istilah tanqih al-manat, takhrij al-manat dan tahqiq al-manat pada abad ke lima. Dua abad kemudian, beliau diikuti oleh Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah.

Buku ini hadiah dari seorang kawan apabila saya sedang mencari buku tentang maqasid al-syariah, m/s 349.


 Muqaddimah


Bab 1 : Teori Perubahan Sosial dan Faktor Pemikiran Keagamaan
1.1 Takrif Perubahan Sosial : Pembatasan Pengertian
1.2 Antara Perubahan Sosial dan Perubahan Budaya
1.3 Teori Determinisme Dalam Perkembangan Masyarakat
1.4 Peranan Pemikiran Keagamaan Dlam Perkembangan Sosial
1.5 Faktor Utama: Pemikiran Keagamaan.


Bab 2: Metodologi Usul Fiqh dan Konsep Perubahan Hukum Syarak
2.1 Pendahuluan
2.2 Asas Al-Quran dan Al-Sunnah Tentang Konsep Azimah dan Rukhsah.
2.3 Penjelasan Mengenai Syariah
2.4 Qiyas dan Ta’lil
2.5 Maqasid al-Syariah (Objektif Syariah) Antara Wahyu dan Fakta Insani
2.6 Dinamika Maslahah dan Keadilan
2.7 Al-Urf Sebagai Pertimbangan Ijtihad
2.8 Kesan Perkembangan Masyarakat Terhadap Pemahaman


Bab 3: Perubahan Hukum Pada Masa Sahabat Hingga Imam Mujtahid
3.1 Sosio-Politik
3.2 Sosio-Ekonomi
3.3 Sosio-Budaya
3.4 Perubahan Nilai-Nilai Sosial


Bab 4 : Penilaian Terhadap Hukum Islam Semasa
4.1 Hukum Ibadah
4.2 Hukum Keluarga
4.3 Hukum Ekonomi


Penutup
Pelaksanaan Tashri’ Dari Sejarah Hingga Masa Kini
Perubahan Sosial Sebagai Faktor Penetapan Hukum
Keperluan Terhadap Pengembangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...