Sunday

Hamka Haq.(2007) Al-Syathibi: Aspek Teologis Konsep Mashlahah dalam Kitab al-Muwafaqat. Penerbit Erlangga: Jakarta/45

PADA mulanya, saya tidak bercadang membeli buku ini kerana buku berkaitan dengan maqasid al-syariah sudah banyak dimiliki. Keduanya, buku ini agak mahal. Namun apabila memikirkan setiap kali ingin membeli buku dari penerbit Indonesia selalu kehabisan stok. Beli. Walaupun agak mahal namun perbincangannya tidak mengecewakan. Al-Shatibi (w.1388M) dan Ibnu Khaldun (1332-1406M) adalah sahabat seperguruan. Mereka adalah murid Syarif al-Tilimsani yang mengajar filsafat dan pemikiran-pemikiran Ibnu Sina dan Ibnu Rushd di Granada, Sepanyol. Kalau Ibnu Khaldun terkenal dengan kitabnya Muqaddimah dan Imam al-Shatibi terkenal dengan karyanya al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Karangan beliau yang lain juga terkenal antaranya al-I’tisam yang membincangakan persoalan bid’ah dan Sunnah. Apabila meneliti dan membaca lembaran demi lembaran, buku ini sangat berguna dalam memahami pemikiran Imam al-syatibi. Memang tidak dinafikan, kupasan dan penerokaan pemikiran Imam al-Syatibi banyak dikaji oleh penyelidik moden, namun buku ini amat sesuai dibaca oleh para mahasiswa. m/s 285

Bab 1 : Pendahuluan
Bab 2 : Al-Shatibi dan Pemikiran Kalam
Bab 3: Mashlahah Dalam Pandangan al-Shatibi dan Mazhab Kalam
Bab 4: Hukum Alam dan Kaitannya Dengan Syariat
Bab 5: Tanggungjawab Manusia Dalam Mewujudkan Mashlahah
Bab 6: Pendekatan Teologis Dalam Memahami Maksud Syariat
Bab 7: Kesimpulan

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Saya Liana dr. Bangi sdg mkaji ttg ilmu yg dbawa oleh Imam Al-Syatibi.
    Saya ingin memohon jasa baik Tuan utk meminjamkn sy buku ini atau mgkn blh maklumkn kpd sy bgmn utk sy dptkn naskah tsbt.

    t/ksh.wassalam.

    ReplyDelete
  2. Saya boleh dihubungi melalui liana.mhassan@ymail.com

    atau 012-3135710.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...