DALAM dunia pendidikan, perpustakaan adalah salah satu institusi pendidikan yang diakui pentingnya dari dahulu hingga ke zaman sekarang. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada perpustakaan-perpustakaan terkenal pada zaman kegemilangan Islam. Buku ini mengandungi enam bab utama. Buku ini amat bermanfaat bagi penuntut pengajian tinggi dan penulis menghuraikan pendidikan Islam dengan penumpuan terhadap ilmu pengetahuan dalam beberapa aspek terutamanya konsep ilmu pengetahuan dan perkembangannya. Selain itu, penglibatan golongna-golongan tertentu yang telah memainkan peranan penting untuk memajukan ilmu pengetahuan dan institusi-institusi pendidikan dalam tamaduan Islam. m/s :79.
1- Bayt al-Hikmah- Adalah dipercayai bayt al-Hikmah dibina oleh Harun al-Rasyid. Allah al-Syuibi adalah penyalin buku bagi al-Rasyid dan al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, manakala Abu Sahl al-Fadl bin Nawbakht adalah seorang penterjemah buku dibawah al-Rasyid di Bayt al-Hikmah.
2- Perpustakaan Haidari di Najaf.
3- Perpustakaan Ibnu Sawwar di Basrah- Abu Ali bin Sawwar adalah seorang ulama besar dan pencinta ilmu. Beliau membina dua buah perpustakaan, salah satunya ialah di Ram Hurmuz.
4- Khizanat Sabur ( Dar al-‘llm)- Kizanat Sabur adalah salah satu perpustakaan yang terbaik yang pernah ada di dunia Islam. Perpustakaan ini didirikan pada tahun 381H oleh Abu Nasr Sabur bin Ardasyir. Disitu terdapat seratus naskhah al-Quran yang ditulis oleh Banu Muqlah dan 10,400 jilid buku yang kebanyakannya ditulis tangan.
5- Perpustakaan al-Syarif al-Radi ( Dar al-‘IIm). Perpustakaan ini adalah pusat perkembangan intelektual yang dibina oleh al-Syarif al-Radi di Baghdad.
6- Perpustakaan Masjid Zaidi. Perpustakaan ini terdapat pada sebuah masjid dibina oleh Abu al-Hasan Ali Ahmad al-Zaidi. Ulama dan pencinta buku memperkayakan lagi perpustakaan ini dengan mewaqafkan buku-buku untuk perpustakaan tersebut, iaitu Abu al-Khattab al-Ulaimi (574H), Abu al-Khair Subaih al-Habasyi (584H) dan ahli sejarah yang terkenal Yaqut al-Hamawi (626H).
PENDAHULUAN
BAB 1: Tujuan Pendidikan Islam
BAB 2: Kandungan Pendidikan Islam
BAB 3: Orang Yang Terlibat Dalam Pendidikan Islam
BAB 4: Institusi-Institusi Pendidikan Islam
BAB 5: Kaedah Pendidikan Islam
BAB 6: Buku-Buku Pendidikan Islam Yang Dihasilkan
GLOSARI
BIBLIOGRAFI
BAB 1: Tujuan Pendidikan Islam
BAB 2: Kandungan Pendidikan Islam
BAB 3: Orang Yang Terlibat Dalam Pendidikan Islam
BAB 4: Institusi-Institusi Pendidikan Islam
BAB 5: Kaedah Pendidikan Islam
BAB 6: Buku-Buku Pendidikan Islam Yang Dihasilkan
GLOSARI
BIBLIOGRAFI
No comments:
Post a Comment