PARA ahli pendidikan Islam semuanya sepakat bahawa: maksud pendidikan dan pengajaran bukanlah memenuhi otak anak dididik dengan segala macam ilmu yang belum mereka ketahui, tetapi maksudnya ialah mendidikan akhlak dan jiwa mereka. Menanamkan rasa fadhilah (virtues), membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya ikhlas dan jujur. Maka tujuan pokok dan terutamanya dari pendidikan Islam ialah mendidik budi pekerti dan pendidikan jiwa. Semua mata pelajaran haruslah mengandungi pelajaran-pelajaran akhlak, setiap juru didik haruslah memikirkan akhlak keagamaan sebelum yang lain-lainnya kerana akhlak keagamaan adalah akhlak yang tertinggi, sedangkan akhlak yang mulia itu adalah tiang dari pendidikan Islam. ImÉm al-GhazÉlÊ berpendapat: tujuan dari pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bukan pangkat dan bermegah-megah dan janganlah hendaknya seorang pelajar itu belajar untuk mencari pangkat, harta, menipu orang-orang bodoh dan bermegah-megah dengan kawan.
Buku ini mengandungi empat artikel dari beberapa penulis, m/s 86.
1- Konsep Pendidikan Islam
2- Ledakan Kerohanian dalam Masyarakat Barat
3- Konsep Pendidikan dan Ilmu dalam Islam
4- Pendidikan Islam membenteras Krisis Nilai dan Keruntuhan Akhlak
No comments:
Post a Comment