Sunday

Asafri Jaya Bakti(1996). Konsep Maqasid Syariah Menurut al-Syatibi. PT RajaGrafindo Persada: Jakarta/45

DUNIA Islam telah melahirkan ramai sarjana Islam, ahli falsafah dan pakar- pakar dalam pelbagai bidang. Sumbangan para sarjana Islam dianggap sebagai satu sumbangan yang bernilai dalam sejarah pemikiran manusia. Tokoh-tokoh dalam dunia Islam harus  dihargai dan sumbangannya sangat berharga untuk Islam. Ini termasuklah tokoh ilmuan Islam iaitu Imam al-Shatibi dari Kota Granada yang merupakan tokoh terkemuka dalam dunia  Islam. Perkembangan hukum dan perubahan sosial merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Dalam Islam, penetapan sebuah hukum yang dituntut oleh perubahan sosial yang dibawa oleh perkembangan zaman dalam istilah Usul al-Fiqh disebut ijtihad. Tetapi Ijtihad haruslah didasarkan kepada maqasid al-syariah.
Buku ini membahaskan maqasid al-syariah menurut al-Shatibi dan kandungan buku ini adalah, m/s 178:

Bab 1 : Pendahuluan
Bab 2 : Al-Shatibi Dan Perkembangan Ilmu Usul –Al-Fiqh
Bab 3: Maqasid Al-Syariah Dalam Pandangan Al-Syatibi
Bab 4: Urgensi Maqasid Al-Syariah Dengan Ijtihad Hukum Islam Dewasa Ini
Bab 5: Penutup

2 comments:

  1. ikuti kelas maqasid al-syariah di shah alam..
    penyertaan masih terbuka..
    kelas bermula 15 Mac 2011 jam 8.30mlm selama 14minggu sahaja..
    www.ummahcentre.net

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, macam mana saya boleh dapatkan buku ni?
    saya sgt memerlukannya utk menjadi bahan rujukan saya bagi pengajian di peringkat sarjana syariah.

    ini adalah email saya (nuratiyah89@gmail.com), utk perbincangan lebih lanjut dengan pihak tuan. Jazakallah khairan kathir

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...