Thursday

Masbah Omar et.al(2002), Artritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka./212

Artritis merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai radang pada satu atau lebih sendi-sendi tulang. Keadaan ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, panas, kemerah-merahan, sakit dan kaku. Pengetahuan masyarakat tentang artritis agak terhad. Ada yang beranggapan penyakit ini dideritai oleh orang tua sahaja; mereka tidak menghiraukannya dan membiarkan penyakit ini berlarutan tanpa rawatan. Tetapi hakikatnya, anggapan ini tidak benar; sesiapa sahaja tidak kira usia boleh mengidap penyakit ini.. Justeru, buku ini dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada masyarakat tentang jenis-jenis artritis, punca artritis, tanda dan gejala artritis dan pelbagai aspek rawatan artritis termasuk penggantian sendi.

KANDUNGAN
Prakata

  1. Anatomi Sendi
  2. Pengenalan Penyakit Artritis
  3. Ubat-Ubatan yang Lazim Digunakan Dalam Rawatan Artritis dan Kesan Sampingannya
  4. Gout
  5. Artritis Reumatoid
  6. Artritis Reumatoid Juvenil
  7. Osteoartritis
  8. Artritis Septik
  9. Jenis-Jenis Artritis yang lain
  10. Penggantian Sendi dan Peranannya Dalam Rawatan Artritis
  11. Aktiviti Fizikal dan Pantang Larang Selepas Penggantian Sendi
Bibliografi
Indeks

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...