Monday

John Rex (1985), Hubungan Ras Dalam Teori Sosiologi. A.Nazri Abdullah (terj.) Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur./216

MASALAH hubungan ras mendapat perhatian penting dalam dunia hari ini, tetapi apa sebenarnya yang menjadi bahagian-bahagian “ masalah-masalah ras” itu tidaklah begitu jelas. Di sini Profesor Rex membentang definisi bidang hubungan ras begitu jelas, dan telah menunjukkan bagaimana bidang ini boleh dikaji dan dikembangkan secara sistematik. Profesor Rex berhujah bahawa terdapatnya tiga unsur penting tentang apa yang dipanggilnya sebagai ‘situasi hubungan ras’:satu bentuk penindasan yang melampau; pembatasan mobiliti antara kelompok; dan rasionalisasi ideology terhadap sistem oleh teori deterministik. Pengarang menunjukkan bahawa rasisme itu berakar umbi daripada situasi colonial dan dalam pemindahan pekerja-pekerja colonial pada situasi metropolitan. Profesor Rex juga memberi garis-garis kasar bagi struktur formal situasi hubungan ras dan cara-cara teori-teori rasis itu berkembang dan diinstitusikan. Teori-teori tersebut dibincang oleh Profesor Rex dengan mengaitkan hujah-hujah teoritis daripada pengarang-pengarang seperti van der Berghe, Schermerhorn, M.B Smith, Banton, Mason dan Wagley. m/s;207

Kandungan
Pengenalan Untuk Edisi Kedua
  1. Masalah Teoritis.
  2. Institusi Sosial Kolonialisme:Penaklukan Dan Buruh Bebas.
  3. Stratifikasi dan Struktur bagi Masyarakat Kolonial Komposit
  4. Minoriti Dalam Masyarakat Metropolis
  5. Diskriminasi, Eksploitasi, Penindasan Dan Rasialisme
  6. Rasisme
  7. Paradigma Kerja Untuk Penyelidikan Hubungan Ras

Daftar kata/Istilah Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris
Indeks


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...