Proses untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah memerlukan penglibatan yang menyeluruh, kesungguhan, ketabahan, kerajinan dan ketekunan., juga daya intelektual. Penyelidikan pada peringkat Doktor Falsafah ini bukan sahaja memerlukan pengorbanan masa yang bertahun-tahun serta tenaga dan fikiran yang bukan sedikit, tetapi juga memerlukan kebijaksanaan membahagikan masa oleh calon tersebut yang kadangkala terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara di luar jangkaan atau yang tidak terfikirkan sebelum bermulanya proses penyelidikan ini.
Kumpulan esei ini cuba melihat bagaimana proses untuk mendapatkan ijazah Doktor Falsafah dilakukan. Kumpulan esei ini adalah hasil daripada pembentangan kertas kerja dalam siri “Ceramah Inti Sari” yang pernah dianjurkan oleh Bahagian Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Berikut adalah senarai kertas kerja yang dimuatkan dalam buku ini;
Pengantar
- Beberapa Pertimbangan dalam Penulisan Sebuah Tesis Doktoral
- Pendekatan Struktual-Kontekstual dalam Kajian Sastera untuk Menyingkap Genre dan Zamannya
- Impian dan Kebersihan Penyelidikan The Ideas of Wahdat al-Wujud in the Poetry of ‘Abd al-Qadir Bidil (Persian), Ibrahim Hakki Erzurumlu (Ottoman Turkish) and Hamzah Fansuri (Malay)
- Membuka Rimba Persuratan Tahun-Tahun 1920-an
- Penelitian Novel Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua: Bahan dan Teori
- Kenyataan dan Permasalahan Masyarakat dalam Novel-Novel Melayu Mutakhir: Satu Analisis Tema dan Persoalan
- Tuah-Jebat dalam Drama Melayu: Satu Kajian Intertekstualiti
- Sastera Sufi:Pancaran dari Seni Rohani.
Penyumbang
Indeks
No comments:
Post a Comment