BUKU ini membicarakan sejarah serumpun Kesusasteraan Nusantara(Kepulauan Melayu) dengan memaparkan peranan kesusasteraan Melayu dalam proses perkembangan kesusasteraan Nusantara umumnya. Ternyata bahawa prasasti Melayu kuno, kesusasteraan tradisional yang pelbagai jenis dan karya-karya pengarang berbahasa Melayu pada abad ke 19, tidak hanya menjadi perantara bagi pengaruh luar di Nusantara tetapi pada waktu yang sama, sebahagian besarnya mendedahkan ciri-ciri keaslian yang tidak kalah dengan kesusasteraan Jawa, Bugis atau Aceh. Penelitian terhadap perkembangan kesusasteraan Nusantara serumpun selama lebih seribu tahun, terlihat bahawa sebahagian daripada kesusasteraan itu diresapi pengaruh kebudayaan asing. Namun semua proses itu berlaku atas pilihan masyarakat tempatan (atau golongan atasnya) dan masih menyimpan identitinya dalam rangka kesusasteraan tulisan yang kebanyakkannya untuk dibaca di hadapan khalayak dan masih bersifat sastera lisan.
Dr Boris Parnickel menyiapkan buku ini sewaktu menjadi Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliaulah yang mengusahakan terjemahan Hikayat Hang Tuah ke dalam bahasa Rusia, lengkap dengan pendahuluan, nota dan bibliografi. m/s:153
Kandungan
Pengantar
Pendahuluan
Singkatan
Prolog
Bab 1: Zaman Kuno
Bab 2: Zaman Majapahit
Bab 3: Zaman Kebudayaan Pesisir
Bab 4: Zaman Pengasingan
Epilog
Bibliografi
Indeks
No comments:
Post a Comment