KAEDAH proses pengajaran dan pembelajaran kini sudah jauh berkembang dan ia bukan sahaja terhad kepada guru memberi ilmu kepada pelajar dalam bentuk komunikasi sehala. Pelajar kini dilatih mencari ilmu dengan lebih aktif. Salah satu kaedah yang telah dikenalpasti sangat berkesan ialah dengan penggunaan kes. Disinilah pelajar boleh dilatih berbincang, bertukar pendapat, mempertahankan pandangan dan menghormati pandangan yang berbeza, bertoleransi, bersabar, menunjukkan ciri kepimpinan dan semangat kerja berpasukan. Buku ini mendedahkan dengan cara penulisannya yang berbeza daripada penulisan teks ilmiah biasa. Buku ini telah disusun mengikut proses penulisan kes dari peringkat awal seperti mengenalpasti bidang apa yang hendak ditulis dan juga beberapa skop yang perlu diketahui berkaitan dengan kajian kes. Buku ini dibeli ketika menghadiri Bengkel Penulisan Kajian Kes Tempatan di INTAN. Berdasarkan isi kandungan buku ini memberi pendedahan tentang apa itu kajian kes dan beberapa jenis penyelidikan kajian kes. m/s 126
KANDUNGAN
Pendahuluan
Senarai penulis
BAB 1 : Penggunaan Kes di Malaysia
BAB 2 : Kaedah Kes dan Jenis Kes
BAB 3 : Penyelidikan Kes
BAB 4 : Proses Penulisan Kes
BAB 5 : Pembaikan Kes dan Penyuntingan
BAB 6 : Penyediaan Panduan Pengajaran
No comments:
Post a Comment