Noordin Hassan, Sasterawan Negara yang ketujuh, merupakan anak Tanjung yang berketurunan Melayu Aceh dan India-Parsi. Selepas tamat persekolahan di Penang Free School, Noordin mengikuti kursus perguruan di Kirkby , Liverpool, kemudian mengambil kursus Pengajaran Bahasa dan Sastera di Universiti London, dan kursus Drama dalam Pendidikan di Universiti Newcastle, England. Beliau mula menulis dan mengarah drama sejak tahun 1953 hingga kini.
Saya… dari Hujung Kota, sebuah memoir yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dramatic. Noordin cuba mengemukakan pelbagai sisi data hidupnya dalam bentuk cerita dalam cerita, dan kisah dalam kisah. Buku ini perlu diteliti oleh para pengkaji dan peminat sastera yang ingin memahami konsep dan falsafah kesusasteraan dan bagaimana drama diberikan justifikasi untuk diterima sebagai satu genre daripadanya. m/s:367
Pengenalan
PERTAMA Sirih Bertepuk Pinang Menari
KEDUA Peran
KETIGA Cindai
KEEMPAT Anak Tanjung
KELIMA Jangan Bunuh Rama-Rama
KEENAM 1400
KETUJUH Pintu
KELAPAN Tiang Seri Tegak Berlima
KESEMBILAN Bukan Lalang ditiup Angin
KESEPULUH Malam ini Penyu Menangis
LAMPIRAN Puisi dan Lirik yang digunakan dalam drama-drama yang telah dipentaskan.
HASIL KARYA:
No comments:
Post a Comment