PEMBUNUHAN kejam ke atas Profesor Ismail al-Faruqi dan isterinya, Profesor Lois Lamya’ al-Faruqi di Philadelphia pada bulan Mei 1986 telah mengakibatkan kekosongan dalam dunia pengajian Islam dan hubungan antara manusia. Al-Faruqi suami isteri telah disanjung sebagai perintis pengajian Islam di benua Amerika. Mereka telah meletakkan asas metedologi pembelajaran Islam bukan sahaja bagi pengajian Islam sebagai agama bahkan juga bagi disiplin-disiplin lain. Dengan berbuat demikian, mereka telah memenuhi salah satu keperluan intelektual yang amat mendesak di kalangan dunia Islam dalam usaha membentuk pandangan dunia dan pemikiran Islam pada zaman moden ini. Nilai sumbangan mereka kepada dunia bukan Islam terletak pada keupayaan mereka membuat masyarakat bukan Islam memahami dan menghormati Islam dan sumbangannya kepada tamadun manusia. Profesor Ismail al-Faruqi mempunyai hubungan yang rapat dengan Muslim Students’ Association (MSA) of the U.S.A and Canada ( Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Amerika Syarikat dan Kanada). Beliau telah membimbing dan memberi arah baru kepada MSA Penulis buku ini, saudara Tariq Quraishi, adalah sahabat keluarga Al-Faruqi dan juga telah banyak membantu MSA. Dalam buku kecil ini, saudara Tariq Quraishi memberikan gambaran yang benar tentang berbagai-bagai aspek personality Al-Faruqi suami isteri serta pemikiran dan idea mereka.
Kandungan
PENGANTAR
PRAKATA
- Pendahuluan
- Al-Faruqi- Suami Isteri
- MSA sebagai Guru
- Tuan Rumah yang baik budi
- Estetika sebagai suatu cara hidup
- Gaya Tersendiri
- Tokoh Wanita Baru
- Kelemahan Masyarakat Islam
- Al-Faruqi- Jaguh Islam
- Dialog Al-Faruqi dengan Biskop Cragg dan Paderi Fitzgerald
- Penelitian Semula Tauhid
- Negara Islam dan Susunan Dunia
- Baitul Maqdis Boleh Bebas Untuk Semua
- Malam al-Faruqi Suami Isteri Dibunuh.
No comments:
Post a Comment