KOLOKIUM Kebangsaan Kepimpinan Instuksional ke-7 di adakan pada 2 Hingga 5 Mei 2011, bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian Pelajaran Malaysia, Bandar Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tema kolokium pada kali ini ialah “Kepimpinan Instruksional Penggerak Transformasi Pendidikan”. Antara sub-tema yang dibincangkan i. Hala tuju pendidikan: Perubahan kurikulum dan sistem pentaksiran,ii. Peningkatan Kualiti Guru Melalui Kepimpinan Instruksional, iii.Inovasi dalam pendidikan ke arah pembentukan modal insan cemerlang dan iv.Kemenjadian murid melalui kepimpinan instruksional. Peserta seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD serta pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara. Berikut adalah senarai kertas kerja yang telah dibentangkan.
1. Ucaptama Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke-7
2. Kepimpinan Berimpak Tinggi Menjana Kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi
3. Pengaruh Amalan Pengurusan Pemimpin Sekolah Terhadap Komitmen Dan Tingkah Laku Inovatif Guru
4. Kepimpinan Instruksional: Satu Transformasi Kepimpinan Atau Mengekal Status-Quo
5. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Di Pulau Pinang
6. Penggunaan Model Berfasa Kursus Kajian Tindakan (MBKKT) Untuk Meningkatkan Kualiti Pendidik Dalam Membentuk Modal Insan Cemerlang
7. Keberkesanan Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Kebangsaan
8. Kepimpinan Instruksional Ke Arah Transformasi Sekolah : Satu Perkongsian Pengalaman
9. “Francais” Di Sekolah
10. Peranan Kepimpinan Instruksional Dalam Menggalakkan Perkembangan Pembelajaran Dan Kecemerlangan Murid
11. Post-Mortem Berfokus Mampu Meningkatkan Kecemerlangan Dalam Peperiksaan Di Sekolah
12. Penggunaan Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia Melalui Kepemimpinan Instruksional Di Sekolah: Satu Tinjauan Awal
13. MBI – From English Phobia To English Fever
14. Projek Inovasi I-Time Table Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
15. Program Pembangunan (Kemenjadian) Pelajar Ikram-MUSLEH
16. Keberkesanan Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Murid Di Sekolah Negeri Kedah
No comments:
Post a Comment