Sunday

Asmah binti Haji Omar (1985) Bahasa Di Raja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka/164

BAHASA di raja adalah sejenis kelainan sosial di antara berbagai-bagai kelainan sosial bahasa Melayu. Sungguhpun bahasa di raja bukanlah kelainan asas yang dipelajari oleh penutur Melayu, baik penutur asli mahupun penutur bukan asli, tetapi ia merupakan kelainan yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Inilah kelainan yang paling halus dan digunakan dalam situasi khusus, yakni apabila kita berhadapan dengan atau merujuk kepada keluarga di raja.

Buku Bahasa di Raja, hasil usaha Prof Asmah Hj. Omar, adalah karya ilmiah yang pertama yang pernah ditulis dalam bahasa Malaysia atau dalam bahasa mana pun juga. Bagaimanapun ini bukanlah karya yang keilmiahannya menghalang pengertian orang ramai, kerana buku ini juga boleh dijadikan sebagai pedoman penggunaan bahasa di raja oleh orang ramai.



 
Kandungan
Prakata
Pengantar
1-      Pengenalan Bahasa di Raja
2-      Ciri-Ciri Khusus
3-      Sebutan Diri
4-      Fungsi Komunikasi Bahasa di Raja
5-      Kesimpulan

Lampiran 1
Lampiran 2
Rujukan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...